PeNgiKuT sEtiA..

Monday, March 4, 2013

Kerana Dirinya 2 (Bab 1)


~Carl Rayyan~


Bab 1
Hujan turun dengan renyai membasahi bumi. Maisarah masih setia menunggu kepulangan suaminya. Dia terjengah-jengah di tepi jendela. Seketika, wajahnya melebar dengan senyuman. Carl kelihatan terkocoh-kocoh berlari hendak membuka pagar sebelum tubuh itu masuk semula ke dalam kereta. Maisarah pula apa lagi? Dengan perut sarat tujuh bulan hasil benih cinta dia dan si suami, dia segera menapak ke pintu utama. Terkial-kial dia mengatur langkah. Pintu dibuka dan terpampanglah wajah Carl Rayyan.
   Wajah Carl yang basah sedikit dek terkena rintik hujan disapu dengan jari-jemarinya. Carl senang dengan kelakuan isterinya. Nampak sangat isterinya tulus menyayanginya. Ah, beruntung sungguh dia mempunyai isteri sebaik Maisarah. Hati mula rasa terharu. Tanpa dipaksa, seulas bibirnya utuh melekap pada dahi si isteri. Senyum lebar Maisarah sambil tersipu-sipu. Carl tersenyum.
   “ Lewat abang balik? Ada meeting ke?” soal Maisarah dengan lenggok manjanya. Briefcase di tangan Carl dicapai sebelum dia memeluk lengan sasa itu. Carl mengusap-usap rambut Maisarah. Kebiasaan yang dia suka buat apabila bersama dengan wanita itu. Tangan pula utuh melingkar pada pinggang si isteri. Kejap bagai tak nak dilepaskan.
   Hmm.. abang terpaksa attend satu meeting tadi. Gantikan Encik Syahrul. Sayang tunggu abang?” soal Carl. Tika itu mereka sudah pun melabuhkan duduk di atas sofa berhampiran ruang tamu. Maisarah angguk laju.
   “ Mai tunggu abang. Mai rindu sangat pada abang sebab tu Mai tak boleh tidur. Baby pun rindu papa kan? Betul tak baby?” Maisarah usap perut dia sambil pura-pura menyoal. Seperti mengiyakan soalan mamanya, kandungan Maisarah bergerak-gerak.
   “ Abang.. tengok baby tendang perut Mai ni. Maknanya dia nak cakap dia pun rindu papa dialah tu.” ujar Maisarah teruja sambil capai tangan si suami. Tangan sasa itu dilekapkan pada dinding perutnya. Carl pula terus bersinar-sinar matanya. Seronok tiap kali dapat merasai pergerakan anak kecil di dalam rahim si isteri.
   Namun, wajahnya tiba-tiba berubah sayu mengenangkan sesuatu hakikat. Raut ceria Maisarah ditatap dengan pandangan berkaca-kaca. Maisarah panggung kepala. Sekejapan, dia sudah dapat mengesan riak keruh itu. Dahinya mula berkerut seribu.
   “ Abang.. kenapa ni?” soal Maisarah apabila dilihat Carl hanya sibuk termenung jauh sambil tangan sasa itu masih lagi mengusap perlahan kandungannya. Carl tersentak. Setitis air mata yang mengalir segera disapu. Namun, terlambat sebab Maisarah dah sempat mengesannya. Maisarah mula berkalih sedikit rapat pada tubuh hangat suaminya. Wajah Carl yang tiba-tiba menunduk diangkat lembut dengan jemari halusnya.
   “ Abang.. Mai ada buat salah ke? Kenapa abang tiba-tiba muram?” soal Maisarah. Tidak tahu atas dasar apa, dia seperti ingin menangis sahaja. Bibirnya dah tercebik-cebik cuba menahan tangis. Carl tarik nafas panjang. Tidak mahu merisaukan si isteri, dia pura-pura tersenyum. Pipi Maisarah diusap perlahan. Dia nampak wajah itu seperti hendak menangis. Dan sebagai suami Maisarah, dia tak mahu ada tangisan sedih yang mencemari wajah mulus itu melainkan tangisan kegembiraan sahaja.
   “ Mai.. Mai sayang abang? Betul-betul cintakan abang?” soal Carl lembut. Maisarah kaget. Hah, apa jenis soalan ni?
   “ Abang.. dah hampir setahun kita kahwin. Takkan abang masih tak percayakan cinta Mai? Cinta Mai pada abang tulus. Cinta kita tulus, abang. Mai kahwin dengan abang kerana Allah. Kerana tanggungjawab Mai untuk bimbing orang yang seagama dengan Mai. Dan sekarang, rasa cinta tu memang dah mekar meskipun dulu kita berkahwin bukan atas dasar cinta. Jadi, perlu ke abang tanya Mai soalan macam tu?” Maisarah membentak sedikit. Tubir mata bergenang sayu. Carl meramas rambutnya. Jelas dia nampak tertekan. Tapi, kenapa?
   “ Ab.. abang cuma tanya aje. Abang minta maaf, sayang. Abang pun cintakan Mai. Sangat cintakan Mai. Walaupun andai suatu hari nanti kita terpaksa berpisah, Mai jangan bencikan abang. Abang tak nak isteri abang bencikan abang. Abang sayangkan Mai dan baby kita.” ucap Carl langsung benar-benar menyentap separuh daripada nyawa Maisarah. Berpisah? Apa maksud abang? Detik hatinya gabra.
   “ Apa maksud abang cakap macam ni pada Mai?” soal Maisarah gugup. Wajah suaminya ditentang bersama redup mata yang benar-benar terluka dengan kenyataan itu. Tak! Dia tak nak berpisah dengan Carl. Carl nyawanya. Perginya Carl ibarat turut membawa pergi nyawanya sahaja. Jadi, kenapa perlu berpisah kalau akhirnya mereka akan merana? Ah, kenapa dengan Carl ni? Aneh!
   “ Sayang.. listen here. Semuanya di tangan Allah. Abang cuma cakap ‘kalau’. Sayang jangan salah faham ye? Walau macam mana sekalipun, abang tetap nak Mai jadi isteri abang sampai akhir hayat abang. Abang nak Mai jadi pendamping abang di syurga nanti.” ujar Carl lagi. Maisarah hanya diam tak menjawab.
   Takungan mata Carl menghangat hendak menumpahkan isi. Tapi, dia tahan kejap. Dia perlu bertenang. Semua ini hanya ujian Allah sahaja. Dan dia yakin dia mampu tangani ujian ini kerana Allah S.W.T tidak pernah menguji hambaNya melebih dari kemampuan yang hambaNya ada.
   “ Abnag nak tinggalkan Mai?” Maisarah menyoal tiba-tiba. Dia benar-benar takut jawapan suaminya adalah positif. Carl menggeleng sambil tersenyum hambar. Bukan ‘nak’ tinggalkan, Mai. Tapi, ‘terpaksa’ tinggalkan Mai! Detik hatinya perih.
   “ Abang takkan sesekali tinggalkan Mai. Kecuali maut saja yang abang tak dapat nak elak. Tapi, andaikan abang terpaksa buat macam tu.. Mai jaga anak kita baik-baik ye? Dia adalah bukti cinta abang pada Mai setulus cinta Nabi Adam pada Hawa. Tolong jaga harta abang yang amat bernilai ni. Dan tolong jaga diri Mai. Abang terlalu sayangkan Mai.” Carl bersuara lagi. Maisarah sudah mula menangis. Hatinya pedih mendengarkan tutur kata suaminya seolah-olah mereka perlu berpisah sahaja. Baru dia nak berkata-kata.. tubuhnya sudah lenyap dalam dakapan sang suami tercinta.
   “ Shh.. abang tak nak dengar apa-apa lagi sekarang. Izinkan abang peluk Mai buat seketika. Abang rindu.” pinta Carl lirih. Maisarah bertambah-tambah pelik dengan sikap itu. Dan ketika Maisarah hilang dalam dakapannya, air mata jantannya mengalir laju.
   Ya Allah, jangan pisahkan kami. Aku terlalu menyayanginya. Berikan aku kesempatan untuk membawa gelaran seorang ayah yang sebenar-benarnya. Aku mohon padaMu, Ya Allah. Desis hati Carl penuh syahdu.

No comments:

Post a Comment