PeNgiKuT sEtiA..

Saturday, March 23, 2013

Eh, saya sayang awaklah!! (Sinopsis)


Sinopsis
Eh, Saya sayang awaklah! (Mini Novel)
Oleh : Hana Efryna

Aqmal Zarief, lelaki yang jatuh cinta pandang pertama pada gadis bernama Ulfah ketika menghadiri kenduri kahwin kakak Ulfah yang juga merupakan sahabatnya. Cinta pandang pertama membawa Aqmal untuk mengenali dan mencuri hati gadis itu. Tapi.. ternyata Ulfah bukan senang untuk didekati.
   Ulfah Jannah, seorang gadis yang menjaga aurat dan pergaulannya. Serba-serbi ada pantang larangnya. Tak boleh itulah.. tak boleh inilah. Tetapi, akhirnya huluran cinta yang dihulurkan Aqmal disambut jua memandangkan hatinya juga sudah tercuit buat jejaka berdarah campuran Ireland itu.
   Hampir sebulan menjalinkan cinta, Aqmal rasa seolah-olah dia dan Ulfah tiada ikatan. Sikap gadis itu yang sering membuat sambil lewa akan dirinya membuatkan Aqmal berjauh hati.

   Fah, saya rasa kan Fah dengan saya macam tak bercinta langsung. Saya aje yang terhegeh-hegeh. Ajak jumpa pun payah. Tengok orang lain tu.. kalau dah bercinta asyik nak berkepit aje.’ ~ Aqmal Zarief

   ‘ Mal, awak kenal saya macam mana kan? Buat apa jumpa? Bila berdua, pasti ada yang ketiga. Kalau dah kahwin, lainlah.~ Ulfah Jannah

   Then, kita kahwin. Nanti dah tak ada pantang larang lagi. Marry me, please.~ Aqmal Zarief

   Okey, kita kahwin. Dosa pun tak dapat. Pahala berganda. Fah setuju.~ Ulfah Jannah

   Mudah Ulfah membuat keputusan. Bukan apa.. memang dia tidak reti bercinta. Untuk menunjukkan rasa cinta lagilah dia kaku. Persetujuan dicapai, dan akhirnya dua jiwa terpatri kukuh.

   ‘ Abang ingat bila dah kahwin, Fah retilah nak tunjuk sayang kat abang. Tapi.. hampeh. Nak cakap Fah sayang abang pun ke main payah.~ Aqmal Zarief

   Dek sikap endah tidak endah Ulfah, Aqmal merajuk panjang. Ulfah gelisah. Cemas bila mana rajuk suaminya semakin berpanjangan. Takkan sebab dia tak pernah tunjuk rasa sayang, Aqmal nak merajuk kot? Dia bukan sengaja. Cuma.. dia tidak retilah.

   Abang merajuk dengan Fah. Jangan cakap dengan abang lagi sebab Fah bukannya sayang abang pun.’~ Aqmal Zarief

   Eh, saya sayang awaklah!!’~ Ulfah Jannah

   Akhirnya.. perkataan keramat itu meluncur juga. Tapi.. cukup ke dengan kata-kata sayang sahaja? Boleh ke hanya dengan sebaris ayat itu rajuk Aqmal padam dengan sendirinya? Kalau nak tahu.. ikuti kisah ini dengan selanjutnya.

  

No comments:

Post a Comment