PeNgiKuT sEtiA..

Monday, March 4, 2013

Dia, Kawan Baikku! (Cerpen)


Dia’ kawan baikku!
Oleh : Hana Efryna

Izzul Fahimi.. satu nama yang tidak asing dalam hidupku. Dia satu-satunya lelaki yang aku ada selain abah dan Muqriz, adik lelaki aku. Izzul adalah lelaki yang sering kali hadir bila mana diri ini dalam kesusahan. Lelaki yang selalu membuatkan diri ini tak kering gusi mendengar lawaknya.
   Tapi.. kini lelaki itu juga yang dah meninggalkan satu kesan besar dalam kehidupannya. Satu-satunya lelaki yang membuatkan perjalanan hidup ini terus terhenti di sini. Terhenti dek dibelenggu satu status yang mengikat terus diri ini dengan seorang yang bergelar suami. Ah, perit untuk ditelan. Tapi, semuanya dah menjadi kenyataan. Dan aku perlu redha dengan ketentuan ini.
   Aku termenung di birai katil mengenangkan status diri yang kini sudah berubah.  Dari seorang kawan baik, aku kini menjadi isterinya yang sah. Isteri yang terpaksa bukan kerana rela. Hanya kerana sebuah janji, aku kini terperangkap. Sungguh, aku lelah. Mampukah aku menghadapi dugaan ini sedangkan aku langsung tak cintakan suamiku? Ya Allah.. tunjukkan aku jalan yang harus ku pilih. Doa Murni Adira penuh mengharap.
   Pintu terkuak. Terpacul wajah Izzul yang lengkap berbaju melayu cekak musang berwarna coklat. Tubuh tegap itu melangkah masuk. Wajah diserikan dengan senyuman buat aku. Dia melangkah penuh gaya mendekati aku. Aku hanya pandang dengan ekor mata.
   “ Uni, kau tak tidur lagi? Tunggu aku eh?” soal Izzul selamba. Aku jeling pula dia sekilas. Si sengal ni, ada hati lagi nak bergurau bagai. Sekali aku lempang, mahu senyap seumur hidup. Dahlah aku tengah tension ni. Aku buat Izzul macam tak wujud. Sengaja, malas nak layan. Kepala tengah kusut kot?
   “ Uni, aku tengah cakap dengan kau ni. Dengar ke tak?” soal Izzul sambil tarik sedikit pipi comel aku. Aku terjerit kecil. Eh-eh, tahulah pipi dia tak comel, tapi janganlah duk cubit-cubit pipi aku pula? Mamat tak semenggah sungguhlah! Aku menepuk perlahan tangannya. Izzul tarik senyum nakal.
   “ Apa ni main cubit pipi aku? Sakitlah, Izz.” marah aku perlahan. Izzul hanya tenang. Langsung tak terkesan dengan kemarahan aku yang ala-ala manja tu. Yelah.. aku ni kan mana pernah nak marah orang lebih-lebih!
   “ Uni.. malam ni aku tidur mana?” soal Izzul menyebabkan aku rasa nak tertonggeng masa tu juga. Hei, dalam banyak-banyak soalan.. soalan tu juga yang ditanya. Nak aje aku jawab.. ‘ Kau tidur kat reban ayam’. Tapi, bimbang pula mamat ni merajuk. Yelah.. hati lembut sangat.
   “ Tidurlah kat mana kau suka. Nak tidur atas riba aku pun boleh.” jawab Murni sedikit menyindir. Hal kecil macam tu pun tak boleh fikir ke? Hish! Wajah Izzul terus bersinar-sinar.
   “ Betul ke, Uni?” soal Izzul sambil tenung wajah aku macam nak tembus. Aku kerut kening. Apa yang betul?
   “ Betullah tu.” jawab aku tanpa faham apa-apa. Sekali dengar, macam tak ada perasaan pula suara aku tika itu. Aku dah malas nak melayan mamat seekor ni. Seketika aku tergamam apabila si Izzul dengan selamba badak sumbu berendam rebahkan kepala dia kat paha aku. Terlopong aku seketika. Ewah-ewah.. lemak berkrim nampak?
   “ Wei, apa ni? Bangunlah.” Aku jerit kuat. Aku tolak-tolak kepala dia yang  sedap landing atas paha aku. Amboi-amboi, dia ingat dia tu budak umur lima tahun ke nak manja-manja bagai? Aku dah mula rasa nak backhand mamat ni.
   “ Alah.. tadi kau juga cakap aku boleh tidur kat sini.” rengek suara itu dengan mata terpejam rapat. Selamba aje reaksinya. Aku mulalah rasa pening-pening lalat.
   “ Eh, ada ke aku cakap macam tu?” soal aku sambil garu kecil tepi telinga. Izzul angguk sahaja.
    “ Ah.. tak kira. Aku cakap ke tak cakap, aku nak kau bangun juga. Kau ingat kepala hotak kau berjambul tu ringan ke??” Aku naikkan suara. Kepalanya aku tolak hingga tergolek ke atas katil. Izzul terus bangun. Wajahnya masam mencuka. Aku pula rasa takut tengok wajah dia yang garang macam bapak singa tu. Hei, tak pernah-pernah mamat ni macam ni.
   “ Sakitlah. Tumpang tidur sikit pun tak boleh. Luka ke paha kau kalau aku tidur kat situ?” soal dia sedikit berjauh hati. Aku kelu. Tengok.. kan dah cakap. Kalau silap percaturan sikit, memang mamat ni sentap punya. Manja!
   “ Tak adalah sampai macam tu. Cuma aku tak suka.” jawab aku berterus-tenang. Aku cuba nak turun dari katil. Tapi, belum sempat aku nak melangkah.. tubuh si Izzul terlebih dahulu berdiri tegak. Wajahnya nampak semakin keruh.
   “ Tak suka, tak apa. Aku tahulah kau kahwin dengan aku sebab terpaksa. Tapi, tak payahlah nak tolak-tolak kepala aku macam bola. Aku tidur luar malam ni!” Terus mamat tu angkat kaki. Aku terlopong. Baru aku nak cakap kat dia.. ‘ Wei, bola orang tak tolak.. tapi, orang tendang masuk gol. Yihaa!!”
   Kelibat Izzul lenyap. Berdentum bunyi pintu dikatup. Dan tika itu aku dapat rasa yang mamat tu memang touching habis dengan aku.
   Aiyak!! Merajuk sudah.

*******************

Aku gelisah. Tangan aku ramas satu sama lain. Dah pukul berapa ni? Mana pula suami ‘kesayangan’ aku ni? Tak nak masuk tidur ke? Atau betul-betul dia maksudkan yang dia nak tidur kat luar? Ah, mana boleh. Nanti mama membebel macam-macam pula. Siapa yang susah? Haa.. aku juga yang susah.
   Tak boleh-tak boleh. Walau macam mana cara sekalipun, aku kena pujuk dia masuk bilik. Yup, mesti pujuk dia kalau tak nak kena bambu dengan mama. Cepat Murni, cepat bertindak!
   Aku terjengah-jengah menuruni tangga ke tingkat bawah. Cuba mencari kelibat si Izzul sengal. Boleh pula dia nak merajuk dengan aku malam-malam buta cenggini? Ah, macam manalah mamat hati pinky tu boleh sangkut jadi suami aku? Aku pula macam lembu dicucuk hidung. Ikut aje kata dia. Mentang-mentang dah berjanji.
   Kaki yang aku atur terus terpaku melihat sesusuk tubuh yang tengah syok menonton perlawanan bola sepak Chelsea. Eh si sengal ni, kita bukan main tunggu dia macam monyet, dia sesedap cekodok pisang layan bola? Lain kali.. kalau nak layan bola tu ajaklah aku sekali! Hehe.
   Hmm.. apa punya sengallah aku ni. Orang lain malam pertama dah terperuk dalam bilik dah. Kononnya malam pertamalah kan?
   Tapi, kes aku dengan encik suami lain pula. Memang kontra habis. Aku pun apa lagi. Terus dengan muka minta penampar sedas-dua aku menapak laju ke arahnya. Duduk aku labuhkan di sebelah Izzul. Izzul tersentak. Dia jeling wajah aku sebelum berganjak sedikit. Hmm.. nampak lagi aura merajuk kat situ. Menyampah!
   “ Gol!!” jerit aku tiba-tiba apabila pasukan Chelsea berjaya menjaringkan gol. Lantang dan penuh semangat sampai aku tak sedar aku dah tertolak si suami dengan tangan aku sehingga dia jatuh tertonggeng ke bawah. Erk!
   “ Aduh!” dia mengaduh sambil bangun menggosok-gosok tulang pinggul. Aku apa lagi? Tayang senyum comel jelah. Harap-harap dia tak marah tengok senyuman comel lagi cute aku ni.
   “ Apa kau ni? Sakitlah!” marah dia sedikit tinggi. Tapi, tinggi takat manalah sangat suara mamat tu sebab memang si mamat seorang ni jenis hati lembut. Tak reti nak marah-marah orang lebih-lebih. Sama macam aku!
   Sorrylah, Izz. Aku tak sengaja. Habis tu aku teruja sangat tengok bola masuk gol. Sorry ek?” Aku pujuk dia sambil cebikkan bibir. Tangan aku cantumkan tanda memohon maaf. Tapi, lain pula reaksi si sengal ni. Dia boleh menonong naik aje. Langsung terkedu aku kat sofa.
    Terus remote control aku capai. Sekejapan, skrin dah bertukar gelap. Aku pantas mengejar langkah Izzul yang pantas itu. Tangannya cuba ku capai.
   “ Izz.. kau marah aku ke?” soal aku sambil menarik lengan sasanya. Kami terhenti di tengah-tengah tangga menuju ke tingkat atas. Izzul hanya pandang depan. Mukanya nampak masam. Aku mulalah rasa bersalah. Dahlah tadi aku dah tolak kepala dia, sekarang ni aku buat lagi. Siapa yang tak hangin kan? Kasihan suami aku sorang ni. Ish3.
   “ Lepaslah. Nak naik tidur.” Dia bersuara sedikit bernada merajuk. Aku senyum. Aku dah dapat idea macam mana nak pujuk mamat ni. Alah.. aku konpem kalau aku ayat dia sikit, mesti cair ni.
   “ Alah.. kau ni. Aku tak sengaja pun. Kau janganlah marah-marah macam ni. Tak handsomelah. Kau kan baik, comel macam kucing Mak Nab tu.” Aku pujuk dia dengan kata-kata. Tapi, macam biasalah. Dia buat muka toya aje. Setakat pujian macam tu, mungkin dia tak layan kot? Ah, tak jalan pula.
   “ Kau jangan nak pujuk aku. Aku betul-betul merajuk ni. Entah-entah, tahun depan belum tentu aku nak berbaik dengan kau.” Dia membentak sedikit. Aku mula tarik muka. Sampai macam tu sekali dia nak merajuk dnegan aku? Okey, fine!
   “ Kalau macam tu, takpelah. Aku tak nak naik tidur. Kau pergi tidur sorang-sorang. Nanti kalau mama tanya, aku cakap kau marah-marah aku.” Aku ugut dia pula.
   “ Suka hati kaulah.” Terus dia rentap tangan dia lalu panjat tangga. Aku terlopong. Cis!

*********************

Keesokan pagi..

Izzul masih lagi dingin. Hei, lama betul mamat ni merajuk dnegan aku kali ni. Aku garu kecil kepalaku. Wajah Izzul yang duduk menghadap balkoni itu aku intai sedikit. Setahu aku, Izzul bersarapan awal tadi. Langsung tak tunggu aku. Kata mama, Izzul dah lapar sangat waktu itu. Tapi, aku tahu yang Izzul sengaja tak nak sarapan sekali dengan aku. Alasan!
   Bila tahu aje si suami dah bersarapan lebih awal, aku sentap jugalah. Tapi, aku tak salahkan dia sebab aku rasa aku yang dah buat dia marah dan merajuk. Jadi, tanpa bersarapan aku terus menjejaki dia. Berniat nak terus memujuk. Manalah tahu kot-kot hati dia dah sejuk sikit. Hmm.. amin.
   Izzul masih tak sedar kehadiran aku. Aku melangkah dengan perlahan. Sampai sahaja betul-betul di belakang dia, aku mematikan diri. Aduh, aku nak cakap apa ni? Aku gelisah sendirian. Aku nampak Izzul asyik sangat menghayati angin sepoi-sepoi bahasa yang menyapa wajahnya. Sampai terpejam-pejam matanya.
   Baru aku nak menyentuh bahu dia dengan tangan kecil aku, aku dengar dia seperti menggumam sesuatu.
   “ Aku sayang kau. Kenapa kau tak faham aku?” Suara Izzul perlahan kedengaran. Aku tajamkan telinga untuk tangkap apa yang dia luahkan. Tapi, ianya samar-samar sahaja. Apa yang aku dengar, dia cakap macam dia sayangkan seseorang aje. Tapi, siapa? Entah-entah perempuan lain tak? Ah, mulalah hati aku rasa cemburu.
   “ Izzul, kau cakap apa tadi??” Terus aku sembur dia laju. Aku nampak dia tersentak. Ceit, takutlah tu sebab kantoi bini dapat tahu dia sayangkan orang lain. Aku nampak wajah dia pucat tiba-tiba.
   “ Err.. aku.. eh, mana ada aku cakap macam tu? Aku cakap aku nak main layang-layang dengan kau petang ni. Kau nak tak?” Pandai saja dia putar belitkan cerita. Tapi, bila aku dengar pelawaan dia tu, senyum aku terus melebar. Eh, Izzul dah tak merajuk ke siap ajak aku main layang-layang bagai? Hati aku bermonolog.
   “ Kau dah tak merajuk?” soal aku sedikit teruja. Mendengarkan pertanyaan aku, muka dia terus masam.
   “ A’ahlah. Aku lupa aku merajuk dengan kau. Okey, tak jadi nak ajak kau. Baik aku ajak Mak Nab jiran sebelah rumah kau ni.” ujar dia seraya berlalu ke katil. Aku mulalah rasa macam nak cekik orang.
   “ Habis tu, kau nak aku buat apa ni?” Aku dah mula nak mengalah. Aku ekori dia hingga ke katil tempat aku beradu semalam. Dia pula terbongkang di sofa ketika aku bangun pagi tadi.
   Izzul duduk menongkat tangan ke belakang. Wajah aku dia tenung sampai aku rasa macam tak selesa pula. Aku spontan tunduk wajah ke lantai. Entah kenapa, hati aku rasa berdebar-debar dengan pandangan tajam itu.
   Hmm.. kalau aku minta kau sesuatu, kau turuti tak? Okey.. macam nilah. Apa yang aku minta tu, kalau kau boleh penuhi, aku takkan merajuk lagi. Lagipun, bukan kecil kesalahn kau. Kau dah tolak kepala aku dan tolak aku sampai jatuh sofa semalam. Kau tahu tak berdosa buat suami macam tu?” Ambik kau! Dia dah keluar soal dosa pahala pulak! Aku terkebil-kebil.
   “ Alah.. dah cakap tak sengaja kan?” Aku merungut sedikit. Kaki aku hentakkan ke lantai. Aku nampak Izzul seperti tahan senyuman. Mungkin tingkah aku nampak kebudakan. Ah, ada aku kesah?
   “ Kalau tak nak, aku tutup offer aku ni.” ujar dia separuh mengugut. Dia bangun daripada duduk. Aku mula gabra. Jangan cakap dia nak merajuk lagi dengan aku? Oh, tidak. Aku dah mula rasa mamat ni nakkan perhatian daripada aku. Mengada!
   Aku capai lengan Izzul yang agak sasa itu. Menghalang langkahnya daripada menghilang daripada bilik kami. Izzul terhenti. Dia kerling tangan kecil aku yang masih utuh memaut lengannya. Dengan bibir diketap rapat, aku angguk setuju. Tika itu, aku nampak dia senyum penuh makna.
   “ Okey.. kau dah setuju kan? Jangan nak mungkir pulak.” Dia berkata. Dan aku hanya angguk lagi. Malas dah nak cakap banyak. Bimbang ada yang kena sembur nanti. Mulalah banjir bilik ni nak menampung air mata mamat si pinky ni. Heh!

****************

Tergeleng-geleng kepala aku mendengarkan permintaan si Izzul ni. Memang tak logik dek akal. Ingatkan nak minta apa tadi? Alih-alih, mahu terkejut monyet jugalah aku mendengarnya. Even apa yang diminta itu cuma tiga syarat sahaja untuk memaafkan diri ini.

   “ Boleh tak, sayang?” Izzul merengek-rengek manja. Aku buntangkan biji mata. Harap-harap dia faham yang aku nak kata ‘ tak boleh’. Tapi, dia buat muka toya. Seolah-olah tak faham. Tanpa aku gamit dirinya, Izzul sudah melangkah lalu duduk di sebelahku. Aku mengengsot memberi ruang.

   “ Bolehlah Uni.. bolehlah..” Dia masih tak jemu memujuk. Aku sudah mula rasa rimas. Dengan wajah terpaksa, aku mengalah jua.

   “ Yelah-yelah.” Tika itu aku nampak wajah tampan dia yang ada iras pelakon Afiq Muiz itu sudah tersenyum lebar. Aku mencebik.

   “ Sayang Uni.. muah-muah.” Dia buat aksi geli-geleman pula dah. Aku buat muka. Tapi tak lama bila aku dapat rasa pipi kanan aku sudah dikucup laju olehnya. Tersentak hebat aku dibuatnya.  Baru aku nak mengamuk, Izzul dah awal-awal bangun menapak keluar. Oh.. pandai betul dia selamatkan diri kan?

   Hilang saja kelibat Izzul, aku meraba pipi aku yang masih terasa hangat dek ciuman Izzul. Perasaan terkejut dan tergamam masih lagi mengetuk kamar hati. Seketika, senyuman kecil pula yang terukir di bibir mungilku. Entah kenapa, aku rasa senang dengan perilaku suamiku tadi. Rasa macam di awan-awangan saja. Ah.. merepek kau, Uni!

********************

Tepat pukul 11.00 malam, aku melangkah ke kamar. Tika itu bayang Izzul masih lagi tak kelihatan. Hmm.. mungkin ke dapur agaknya. Tebak hati aku. Teruja hendak melayan mata yang dari tadi asyik layu saja hendak beristirehat, aku melangkah laju ke arah katil bersaiz king yang berada di bilik aku dan Izzul. Gebar kutarik lalu aku mula memejamkan mata.

   Lenaku terganggu tidak lama kemudian apabila aku dapat rasa ada satu hembusan hangat tepat di telinga kiriku. Aku berniat hendak membuka mata. Namun demi memikirkan si empunya diri itu adalah Izzul, aku keraskan badan aku dan terus berpura-pura lena. Ingin tahu apa reaksi seterusnya suamiku ini. Ehem-ehem.. nak ambik kesempatan ye? Desis hati aku mula geram.

   Izzul masih leka menatap wajah ayu milik aku. Tangan kekarnya mula merayap menyentuh segenap wajah itu. Dan akhirnya terhenti lama pada bibir aku. Perasaannya yang tadi damai dan tenang mula bertukar geram dan hangat mengenangkan bibir itu pernah menjadi santapan seorang lelaki yang sama sekali tidak layak. Hati dia menggelegak marah. Segera tangan dialihkan. Dia cepat-cepat beristighfar. Bimbang rasa marah itu bakal dilepaskan pada aku.

   “Ya Allah.. kau sabarkan hati aku.” doa Izzul perlahan sambil meraup muka berkali-kali. Namun masih jelas kedengaran pada halwa telinga aku. Aku kerutkan kening. Kenapa lain macam aje intonasi mamat ni? Detik hati aku aneh.

   Izzul kembali merenung wajah aku. Wajah lena aku kembali menyejukkan hatinya yang tadi menghangat. Leka melayan perasaan, Izzul tanpa sedar dah dekatkan wajah dia pada wajah aku, isterinya. Dekat dan semakin dekat hingga tanpa sedar hanya tinggal beberapa inci saja lagi hendak menyentuh bibir mungil aku. Spontan juga perbuatannya terhenti. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.

   Aku berdebar sakan. Kuat aku mencengkam kain cadar untuk menenangkan perasaanku. Mata masih lagi terpejam rapat. Aku dapat rasa yang tubuh Izzul dan aku hanya tinggal beberapa inci saja lagi. Hembusan nafas lelaki itu yang berlabuh di wajahku jelas menyatakan hakikat yang satu itu. Apa Izzul nak buat ni? Hati berdetak cemas. Perasaan gundah-gulana.

   “ Uni.. aku takkan sentuh bibir ni tanpa pengetahuan kau macam si Adryan pernah buat. Kalau aku nak, aku akan minta izin daripada kau. Nak tahu kenapa? Sebab aku buat bukan hanya kerana nafsu, tapi kerana aku sayang kau, Uni. Sangat sayangkan kau. Sleep tight, sayang.” Tiba-tiba Izzul mengucapkan ayat sebegitu sebelum tangannya berlabuh perlahan pada bibir aku.

   Hmm.. tak dapat cium betul-betul, macam ni pun jadilah. Detik hatinya nakal. Aku yang mendengar luahan hati itu terus tersentak hebat. Apa Izzul cakap? Adryan cium aku? Tapi, bila? Segera aku bingkas bangun menyebabkan kepala aku langsung berlaga dengan dahi si suami. Mengaduh panjang Izzul dibuatnya.

   “ Aduh..” Izzul merintih sakit. Murni tepuk dahi. Alamak, sorry. Hanya itu yang aku mampu cakap sebab kepala aku pun naik berpinar juga dek hantukan yang agak kuat tadi.”

   Aku segera menerpa pada tubuh Izzul yang sudah membongkok menahan sakit di dahi. Tanpa paksaan, tangannya aku alihkan. Tangan kecil aku kini sudah menggosok-gosok kecil dahi Izzul yang jelas berbekas merah. Seketika, aku meniup-niup pula dahi si Izzul. Tanpa aku sedar yang perbuatan aku menjadi perhatiannya.

   Mata kami bertentang menyebabkan aku langsung kaku. Mulut pula lumpuh untuk berbicara. Aku nampak wajahnya dah semakin layu menahan gelora. Takut memikirkan kehendak si suami, aku berdehem beberapa kali.

   “ Sa.. sakit tak?” soal aku kekok. Dan aku juga nampak dia seperti sudah sedar daripada hanyut terus dengan angan yang diciptanya sendiri. Dia berpura-pura membetul-betulkan rambutnya yang sedia terpacak itu.

   “ Sakit, Uni. Kau sapukan ubat boleh?” Manja sekali suara itu menyapa telinga. Aku meremang bulu roma. Izzul pula sudah suakan dahinya pada aku.

   “ Err.. kejap. Aku ambilkan minyak gamat.” ujar aku lalu bingkas bangun. Izzul hanya mengangguk saja. Baru beberapa langkah, aku berhenti. Wajahnya segera kucari. Izzul panggung kepala.

   “ Kenapa, Uni?” soal dia naif sambil kerut kening lebatnya itu.

   “ Aku dengar semuanya tadi. Kejap lagi tolong explain.” ujar aku sebelum aku menghilang untuk ke tingkat bawah. Ingn mencari minyak gamat yang selalunya disimpan di dalam almari kecil berhampiran ruang tamu.

   Izzul pucat lesi. Kerongkongnya sudah rasa tersekat sepeti tertelan biji durian. Erk! Macam mana ni? Ya Allah. Dia sudah mula panik tahap dewa.

***********************

Aku pandang wajah Izzul dengan riak tidak percaya. Berita yang aku dengari tadi sedikit-sebanyak menbingungkan aku. Perlu ke aku percaya? Atau Izzul hanya mereka-reka cerita? Mustahil Adryan, orang yang aku sudah anggap seperti abang sendiri cuba untuk berlaku tidak senonoh terhadap aku. Tapi, apa pula motif Izzul untuk menipu? Ah, kusut betullah kepala aku tika ini.
   “ Apa kau cakap ni? Kau tipu aku aje kan? Tak mungkin..” Aku masih lagi tak percaya. Wajahnya kupandang. Izzul mengeluh hampa. Mungkin kecewa kerana aku tidak mempercayainya.

   “ Uni.. cuba kau bagitahu aku. Apa sebab aku nak menipu kau?” soal dia bernada kecewa. Aku panggung kepala. Ligat otak aku memikirkan motif dan sebab andainya niat Izzul hanyalah untuk menipu. Tapi, langsung aku tak menjumpai sebarang klu di sebalik kotak minda ini.

   “ Kau tak dapat jawapan tu, kan? Aku dah jujur pada kau, Uni. Aku kawan baik kau dan sekarang aku suami kau. Takkan kau curiga pada aku, suami kau sendiri?” soal Izzul masih lagi bernada kecewa. Aku bingung. Rasa serba-salah mula menyentak tangkai hati.
  
   “ Izzul.. aku.. aku bukannya tak percayakan kau. Tapi, semua ni macam tak logik.” jelas aku menangkis anggapan negatifnya.
  
   “ Macam nilah, Uni. Aku dah pun bagitahu apa yang kau nak tahu. Memang waktu kau keluar dengan dia time kau jadi partner dia untuk satu jemputan makan malam, aku ekori korang berdua. Aku tak tahu kenapa aku buat macam tu. Tapi, bila sampai dekat satu jalan sunyi. Aku nampak dia berhentikan kereta dia. Aku pelik. Apa dia nak buat dalam keadaan sunyi macam ni?” ujar Izzul mengulang kembali.
  
   “ Aku mula rasa tak sedap hati. Aku turun dari kereta. Dalam hati, mulalah ada andaian buruk aku fikirkan. Bila aku datang dekat, hampir terlopong aku melihat adegan hangat yang berlaku. Aku nampak dia cuba nak cabul kau. Aku sempat halang dia. Tapi, aku tak sempat nak halang dia daripada menyentuh bibir kau yang sepatutnya hanya milik aku.” Aku masih lagi mendnegar tekun.
  
   “ Bila aku tengok keadaan kau, aku yakin kau waktu tu tak sedar apa-apa. Aku bertumbuk dengan dia. Lebam jugalah biji mata dia aku kerjakan. Aku bagi amaran pada dia jangan dekati kau lagi. Dan dia setuju asalkan aku simpan rahsia ni. Lepas tu, aku terus bawa kau balik rumah umi aku. Umi tahu hal yang sebenar. Kau ingat kan bila kau sedar tu kau terus mengamuk pada aku? Kau fikir aku cuba perkosa kau. Kau ingat tak? Kau siap lempang aku lagi.” soal Izzul pula. Perlahan-lahan aku angguk.
  
   Aku masih ingat lagi waktu itu. hampir nak gila aku bila tengok pakaian aku dah elok bertukar. Izzul pun dapat penampar sulung aku sebelum sempat nak menjelaskan perkara sebenar. Bila umi Izzul masuk campur, baru aku berhenti mengamuk. Kata uminya, aku pengsan semalam. Aku pun percaya ajelah sebab aku memang tak ingat apa-apa. Fikir aku, takkan umi Izzul yang baik hati ni nak menipu kan? Tak mungkin! Jadi, aku terus lupakan hal itu. Tak sangka pula sebaliknya yang berlaku.
  
    “ Aku ingat. Hmm.. kenapa kau tak pernah nak bagitahu aku dari mula??” soal aku mula naik angin. Aku berhak tahu kot? Izzul tersentak dengan ton suara yang aku gunakan.
  
   “ Sebab aku dah janji dengan Adryan. Aku bimbang kalau aku pecahkan rahsia ni, dia akan ganggu kau lagi. Aku tak nak dia rampas aku daripada kau.” ujar Izzul membela diri.
  
   “ Habis tu, sekarang ni bukan kau tengah pecahkan rahsia dia ke? Tak bimbang pula kau eh?” soal aku sinis. Izzul tarik nafas berat.

   “ Aku tak bimbang, Uni. Kau nak tahu kenapa? Sebab kau dah jadi milik aku. Dia tak ada hak lagi nak ganggu kau. Kau tetap milik aku sampai akhir nafas aku. ” Izzul membalas yakin. Aku terlopong. Mak aih.. mautnya jawapan dia ni. Izzul tiba-tiba capai tangan aku. Aku makin terkelu lidah. Reaksi Izzul nampak berlainan.
   
   “ Uni.. aku nak bagitahu kau sesuatu. Sebenarnya.. aku dah lama cintakan kau. Tapi.. aku takut nak luahkan. Aku takut hubungan kita jadi renggang sebab aku tahu kau tak cintakan aku kan? Aku tak nak kau rasa tak selesa bila aku cakap macam tu pada kau.” Dia membuat pengakuan berani mati pula. ah, terkesima aku dengan luahan hatinya itu. Izzul cintakan aku? Since when??

   Aku rentap tangan kecil aku yang masih kemas dalam pegangannya. Jelas wajah Izzul nampak terkejut.
   “ Kau tak patut cakap macam ni. Aku tak suka. Ini semua salah! One more question. Kenapa kau nak sangat berkahwin dengan aku? Adakah sebab hal Adryan tulah kau paksa ibu kau untuk masuk campur agar aku dan kau berkahwin??” soal aku tegas. Wajah Izzul berubah mendung. Lama dia terdiam sebelum bibir itu kembali bersuara. Aku masih menanti.

   “ Tak ada jawapan yang mampu aku cakapkan melainkan keinginan aku untuk melindungi kau dan aku memang cintakan kau, Uni.” balas Izzul syahdu. Aku nampak dia mula berdiri tegak. Seolah-olah hendak beredar sahaja.
  
   “ Aku tahu kau tak cintakan aku. Tapi, aku harap kau tak halang aku untuk terus mencintai kau. Tak ada yang salah dalam perhubungan kita. Kau isteri aku, jadi aku memang berhak untuk mencintai kau. Aku faham cinta tak boleh dipaksa. Aku takkan paksa kau. Kalau kau rasa terseksa dengan perkahwiann ini, kau bagitahu aku. Aku terpaksa.. aku terpaksa..” Izzul berhenti. Aku memandanganya dengan rasa berdebar-debar. Apa maksud Izzul? Adakah Izzul memaksudkan penceraian? Ah, bukan itu maksud aku. Aku tak berkahwin untuk bergelar janda akhirnya.

   “ Tak apalah, Uni. Aku nak masuk dulu. Solat asar.” ujar Izzul lirih. Kemudian, dia terus melangkah masuk ke dalam rumah. Aku hanya memandangnya dengan wajah beku tanpa suara. Aku tak tahu hendak berekasi bagaimana. Ah!!!

********************

Aku menapak masuk ke dalam bilik tempat aku dan suami beradu. Tika itu, wajah Izzul yang baru usai solat jelas terpampang di mata. Aku melangkah dekat. Izzul seolah-olah leka dengan dunianya sendiri. Ralit berteleku di atas tikar sejadah sambil mata jauh merenung ke depan.
  
   Aku berdehem beberapa kali cuba menarik perhatian. Izzul tersentak. Pantas mata dilarikan pada susuk tubuh aku yang sedang merenungnya penuh minat. Mata kami bertentang. Izzul mula rasa jantungnya bergerak tidak sekata dan tidak normal. Anak mata bundar aku masih lagi merenung dirinya membuatkan dia jadi tak selesa. Bingkas dia bangun. Bimbang kalau lama-lama anak mata itu terus merenung wajahku, dia jadi hilang punca pula. Kan ada yang kena ‘ngap’ nanti. Bisik hati Izzul nakal.
   “ Iz.. nak ke mana?” Suara aku lembut menyapa. Spontan langkah Izzul kaku. Izzul berdiri membelakangi aku. Aku melangkah semakin dekat. Tangan sasanya kucapai. Izzul mengeraskan tubuh. Dan tika ini aku sedar yang Izzul sedang merajuk. Hailah.. sejak bila mamat ni berubah tabiat jadi kuat merajuk? Dulu tak adalah teruk macam ni. Aku mengeluh.

   Let me go.” Sebaris ayat keluar dari bibir Izzul. Tegas dan dingin. Aku tercengang. Betulkah apa yang aku dengar? Kalau betul, nampaknya Izzul betul-betul merajuk ni.

   “ Iz.. kau marah aku? Aku..” Aku tak sempat nak menyudahkan kata bila mana Izzul terlebih dahulu merentap tangannya. Terkesima aku dibuatnya. Aku memandang Izzul yang mula bergerak ke arah penyidai. Sejadah di tangan disangkut ke penyidai itu. Aku tak berputus asa. Langkahnya ku jejaki juga.

   Aku sendiri tidak menduga reaksi seterusnya. Sedar-sedar sahaja aku sudah memeluk tubuh sasa itu dari belakang. Aku dapat rasa tubuh tegap itu seakan tersentak. Aku apatah lagi? Jantung dan nadi aku bergerak pantas menyatakan debar yang memuncak gila. Eh, macam mana aku boleh berani-berani peluk dia ni? Detik hati aku.

   “ Uni.. apa ni? Lepaslah.” Garau suara itu sambil cuba melonggarkan pelukan yang kemas di pinggangnya. Aku pekakkan telinga. Pelukan semakin ku eratkan. Lantaklah Izzul nak cakap aku gatal pun. Ada aku kisah? Suami aku juga kan?
  
   No, aku takkan lepaskan kau sehinggalah kau cakap kau tak marahkan aku dan kau maafkan aku.” ugut aku mendatar. Izzul merengus kasar. Dia berhenti meronta.

   “ Kau tak sepatutnya ugut aku macam tu sebab kau tak tahu lagi apa aku akan buat kalau kau tak lepaskan aku.” balas dia berteka-teki. Aku kerutkan dahi. Apakah?

   “ Kau nak buat apa?” soal aku seakan mencabar. Dan tanpa diduga, Izzul pantas memusingkan tubuhnya lantas menolak aku rapat ke katil. Aku terlopong. Mungkin sebab aku tak menjangka tindakannya maka aku mudah sahaja terhenyak ke katil empuk itu. Wajah Izzul hanya beberapa inci dari wajah aku. Aku telan liur. Nafas kami hampir bersatu.

   “ Aku akan buat macam ni.” bisik suara itu di tepi telinga aku. Perlahan dan agak menggoda. Aku pantas menekup mulut. Terkejut. Aku cuba bangun. Namun, Izzul menekan kuat tubuh aku menggunakan tubuh tegapnya. Memaksa aku baring semula. Aku mengalah. Terkebil-kebil mata aku memandang wajah tampan Izzul. Izzul senyum segaris.

   “ Kau cantik, Uni. Sangat cantik. Sebab tu aku jatuh cinta pada kau.” ujar Izzul lirih. Aku hanya pasang telinga.
 
   “ Tapi, aku tahu kau tak pernah cintakan aku kan? Dalam kotak minda kau, kau dah setkan aku hanya sebagai kawan. Betul kan Uni?” Dia berubah nada pula. Semakin sedih. Aku masih diam.

   “ Aku tak paksa kau terima aku. Mungkin bila masanya tiba, aku akan bagi kau kembali pada kehidupan kau yang dulu. Aku tak sepatutnya pilih jalan macam ni sebab bila aku dekat dengan kau, rasa cinta tu semakin menebal. Itu membuatkan aku makin sukar nak lepaskan kau. Tapi, aku tahu aku tetap juga perlu lepaskan kau.” Tangan Izzul sudah mula mengusap-usap pipi aku. Lembut sekali usapan itu.

   “ Uni, andai kata kita berpisah.. kau dengan aku boleh jadi kawan macam dulu kan?” soal suara itu sedih. Aku tergamam. Sungguh, hati aku turut rasa sebak mendengarkan soalan polos itu.

   “ Aku tetap nak jadi kawan kau. Mungkin aku tak boleh jadi suami kau buat selamanya. Tapi, aku boleh jadi kawan kau sampai bila-bila kan?” soal dia. Matanya nampak berkaca membuatkan perasaan serba-salah semakin menggung dalam diri aku.

   “ Iz..” Aku seru namanya dengan nada paling lembut. Dia memandang aku. Wajahnya nampak sayu.

   “ Kita mulakan hidup baru. Kau dan aku, sebagai suami isteri yang sebenar-benarnya.” luah aku membuatkan dia nampak terkebil-kebil. Tidak percaya, mungkin. Pantas dia bangun dari duduknya, tangannya memegang kuat kepalanya. Seolah-olah runsing. Aku turut bangun apabila tubuh tegapnya sudah tidak menghimpit tubuh aku.

   “ Iz.. aku betul-betul maksudkan apa yang aku cakap tadi. Kau terlalu baik untuk aku. Jadi, tak salah kan kalau aku bagi kau peluang? Mungkin rasa cinta itu boleh disemai dan dibaja.” Aku memujuknya. Jelas dia nampak makin tertekan. Aku bingung!

   “ Iz.. kenapa kau macam ni?” soal aku aneh. Dia masih lagi melurut-lurut kasar rambutnya. Pertanyaan aku tak dijawab. Aku mulalah rasa seperti bercakap dengan dinding sahaja. Aku capai kasar lengannya. Dan tanpa aku sangka, dia rentap balik lengannya menyebabkan aku terdorong ke arah tubuh tegap itu.

   Cup!
  
   Satu ciuman tak sengaja melekat di pipi Izzul. Aku tergamam. Dia pula tercengang. Aku pantas menjarakkan diri. Aku menyapu bibirku yang baru sahaja hinggap pada pipi lelaki itu. Sungguh, aku malu. Nak aje aku lari mnyorok bawah meja. Biar Izzul tak nampak wajah aku yang dah berona merah. Seketika, aku dapat tangkap satu senyuman nakal meniti di bibir merah itu. Aik?

   “ Uni, kau kiss aku eh?” soal dia keanak-anakan. Aku buntangkan biji mata. Mamat ni tadi nampak resah, sekarang dah mula nak menyakat aku pula? Sekali aku backhand, patah hidung mancung tu nanti. Omel aku geram.

   “ Eh, mana.. mana ada.” dalih aku lalu mula hendak melangkah. Tiba-tiba aku terdengar dia menjerit lantang.

   “ Mama!! Uni curi kiss pipi Izzul. Mama!!” jerit dia sengaja nak mengenakan aku. Aku yang baru nak melangkah terus sahaja berlari laju ke arahnya. Berdesup. Terus mulutnya aku tutup. Mata dijegilkan. Terkelip-kelip mata Izzul memandang wajah aku. Aku pun apa lagi, buat selamba badak sumbu ajelah.

   “ Apa tengok-tengok?” soal aku garang. Sengaja berlagak garang sebenarnya. Walhal, hati aku dah tunggang-terbalik dikerjakan si Izzul. Izzul angkat-angkat keningnya.

   “ Hish.. kau ni kenapa tak jawab?” soal aku yang masih lagi menekup mulutnya. Izzul tolak tangan aku sebelum dia tarik nafas. Mulalah aku tersedar. Macam mana dia nak jawab kalau tangan aku masih duk pekup mulutnya? Sengal kau, Uni. Aku ketuk kepala aku perlahan. Izzul ketawa lucu.
 
   “ Kau ni comel, tahu?” soal Izzul yang masih ketawa. Aku cebikkan bibir.

   “ Tahu, ramai orang cakap macam tu. Termasuk kau.. dah..” Aku berpura-pura mnengira dengan jari. Izzul pandang dengan riak pelik. Dia kira apa tu? Kira bulu kambing ke? soal Izzul dalam hati.

   “ Haa.. kau orang yang ke sejuta cakap aku comel. Hehe..” Aku gelak sekejap. Izzul apa lagi, sambung gelaklah kuat-kuat. Dia pantas menyepit hidung comel aku.

   “ Hish.. apa ni? Sakit tahu?” marah aku manja seraya menggosok kecil hidung aku. Perit juga. Yelah.. kan tangan si Izzul tu sasa. Memang sakitlah walaupun sepitan itu tak sekuat mana.

   “ Sakit?” soal Izzul nakal. Aku angguk geram. Tiba-tiba dia mendorong tubuh aku ke arahnya.

   “ Meh aku bagi ubat.” Serentak dia mencium lembut hidung aku yang masih jelas berbekas merah. Aku terlopong. Duhai hati, janganlah kau macam-macam. Nanti, aku keluarkan kau buat goreng dicecah sambal belacan baru kau tahu. Bebel aku sedikit gelabah.

   “ Dah tak sakit kan?” soal dia lembut. Seperti dikawal, aku menggeleng bagaikan orang bodoh. Wajahnya kutatap.

   “ Sayang.. jangan pandang macam tu. Nanti ada yang tak keluar bilik. Dahlah.. jom. Kita keluar minum petang kat luar. Mama dan yang lain mesti dah tunggu.” ajaknya seraya bangun berdiri. Sudah menjadi kebiasaan di rumah ini untuk minum petang sambil menghirup udara nyaman. Aku masih leka. Izzul menggawang-gawangkan tangannya. Aku tersentak. Senyuman nakal melatari bibirnya.

   “ Nak ikut tak? Ke nak aku dukung?” Mood Izzul benar-benar berubah. Tidak seperti tadi. Aku gelengkan kepala tanda tak nak dia mendukung aku. Gila ke apa?

   Okey then.. abang keluar dulu.” balas Izzul. Aku terkesima. Abang? Aku nampak Izzul dah mula melangkah. Sedangkan aku masih lagi kaku. Sampai sahaja di muka pintu, dia berpaling dengan senyuman manis.

   “ Uni dah bagi abang green light tadi. So, jangan tarik balik tahu?” ujarnya. Aku mengerutkan dahi. Tak faham.
  
   “ Uni dah cakap nak mulakan hidup baru. Starting for this second.. Izzul nak Uni panggi Izzul, abang. You get that?” Izzul bersuara lagi. Aku terkebil-kebil memandangnya.

   “ Sayang.. are you with me?” soal suara garau itu. Mungkin menyangka yang aku kini sudah berada di dimensi lain. Aku mendongak.

   What?” soal aku selamba. Izzul ketap bibir.

   Starting now, call me ‘abang’. That’s my order. Any objection?” soal dia sedikit tegas.

   “ Kalau tak nak?” Aku berteka-teki.

   Hmm.. kalau tak nak ye?” dia berpura-pura berfikir. Aku hanya pandang.

   “ Kalau tak nak, malam ni get ready. This night maybe will be our first night, sayang. Nanti pakai seksi-seksi sikit ye?” Dia mengusik. Aku mulalah rasa macam nak menyorok bawah selimut. Liur kutelan.

   “ Eh, main ugut-ugut pula. Ingat takut ke?” Aku melawan. Dia menjongketkan kening.

   Okey.. kalau macam tu, sekarang juga akan jadi first night kita. Come, sayang.” Dia mula bergerak hendak mendapatkan aku. Aku gelabah. Peluh dah merecik hebat. Aku mengengsot ke belakang. Belum sempat aku nak lari. Pergelangan kaki aku dicapai. Aku terperangkap. Aku meronta-ronta.

   “ Iz.. janganlah macam ni.” Aku mula rasa nak menangis. Izzul mengusap-usap rambut aku.

   “ Boleh kalau tak nak abang macam ni. But, with one condition.. call me ‘abang’..” ujarnya romantik. Aku semakin gelisah. Tubuh itu sudah mula mendekati dan semakin mendekati. Tanpa diduga.. terlahir juga perkataan keramat itu.

   “ Abang.. jangan macam ni.” Aku mengalah. Suara aku perlahan sekali kedengaran. Ada nada malu-malu di situ. Izzul tersenyum puas. Dia bangkit berdiri kembali. Tawa terlepas di bibir itu sebelum dia mengucup dahi aku lantas menonong keluar.
  
   Aku meraba dahi aku sendiri. Seketika, senyuman terukir di wajah aku. Ah, perangai Izzul benar-benar mencuit hati. Mungkin aku perlu dan patut bagi dia peluang. Desis hati aku lalu tersengih lebar. Oh, my Izzul!

*******************

“ Uni!!” jerit Izzul kuat dari kamar mereka. Aku yang sedang leka mengemas rumah bersama mama terhenti perbuatan kami. Hampir saja pinggan di tangan terlepas dek rasa terkejut. Dia nilah.. tak boleh ke kalau tak menjerit? Bebel aku perlahan namun sempat didengari oleh Puan Maryam, mamaku.

   “ Tak elok mengutuk suami, sayang.” tegur Puan Maryam lalu menapak ke sinki membawa pinggan mangkuk yang hendak dicuci. Aku tersengih kelat. Belakang kepala digaru kecil.

   “ Tak sengaja, mama. Terlepas..” balas aku lagi tersengih bak kerang busuk. Puan Maryam hanya menggeleng-gelengkan kepala.

   “ Uni!! Dengar tak abang panggil ni??” Bergema lagi jeritan si suami. Aku mula mengetap gigi. Hei, buruk perangai sungguhlah. Menjerit macam tarzan. Aku mengomel di dalam hati. Kang kalau diluahkan, mahu kena marah dek mama nanti.

   “ Pergilah, jenguk apa dia nak. Dari tadi dah menjerit-jerit. Adalah yang penting tu.” saran Puan Maryam. Aku nampak teragak-agak. Jari-jemari digenggam satu sama lain. Serba-salah. Takkan aku nak biarkan mama mengemas sorang-sorang pula? Anak apa macam ni.

   “ Tak apa ke Uni tinggalkan mama kemas sorang-sorang?” Perlahan aku bertanya. Puan Maryam ketawa kecil. Heh, apa yang lucunya?

   “ Uni.. Uni.. mama nak tanya kamu ni. Syurga kamu sekarang dekat bawah tapak kaki siapa?” Puan Maryam menyoal sambil merenung lembut wajah aku. Aku terkulat-kulat.

   “ Errr.. bawah tapak kaki Abang Izzul, mama.” Aku jawab perlahan. Puan Maryam menepuk bahu aku. Dia tersenyum kecil.

   “ Jadi, Uni patut lebihkan siapa? Suami kan? Sekarang, naik atas. Dari tadi dah terpekik-pekik panggil anak mama ni. Tak boleh berenggang langsung menantu mama tu. Pasal dapur ni, mama boleh kemas sorang-sorang. Alah.. bukannya banyak pun yang nak dikemas.” sela Puan Maryam. Aku angkat wajah.

   “ Kalau macam tu, Uni naik dululah.” balas aku lalu berjalan ke sinki untuk membasuh tangan. Puan Maryam angguk sekilas sebelum tersenyum nipis.

Pintu dibuka sebelum aku terjengah-jengah mencari kelibat si suami. Tak ada pun? Ke mana pak cik tua ni? Aku menapak masuk sebelum menutup daun pintu. Aku tercari-cari kelibat Izzul Fahimi, suamiku.

   “ Abang panggil sampai nak pecah anak tekak baru nak datang?” sergah satu suara garau. Aku terlompat sedikit. Terkejut!

   “ Hish, terkejut Uni tau??” marah aku seraya mengusap-usap dadaku. Wajah dimasamkan. Namun, tak lama apabila mataku menangkap wajah si suami yang nyata jauh lebih masam dari wajah aku. Erk, kenapa pula ni? Izzul bergerak sebelum duduk dilabuhkan di birai katil.

   “ Kenapa ni, Iz?” soal aku perlahan. Izzul buntangkan biji mata.

   “ Apa? Tak dengarlah. Iz? Huh, memang tak dengar cakap kan? Abang dah pesan suruh panggil abang.. abang. Kenapa degil ni?” marah Izzul manja. Aku mula tersedarkan sesuatu. Opss.. lupa. Mulut ditekup dengan tapak tangan.

   “ Lupa lagilah tu?” sindir Izzul geram. Aku tersenyum sumbing.

   “ Ala.. lupalah. Bukan sengaja, Iz.. err.. abang.” Aku masih tak biasa menggunakan panggilan mesra itu. Aku jadi malu sendiri. Melihatkan wajah si isteri yang berona merah, timbul idea nakal untuk mengusik.

   “ Malu eh?” usik Izzul lalu bangun daripada duduk. Dia melangkah dekat pada isterinya. Aku terkesima. Aku automatik kaku di tempatku berdiri. Langsung lumpuh hendak bergerak. Izzul tahan senyum.

   “ Sayang malu dengan abang? Ala.. janganlah malu. Kan kita dah jadi husband and wife?” Suara itu kedengaran mengancam pula. Aku hanya mampu terkebil-kebil memandang wajah tampan suamiku. Izzul semakin mara.

   “ Ahhh..” jerit aku apabila terasa tubuhku sudah berada di awangan. Seketika, aku menoleh pada wajah Izzul yang galak ketawa. Izzul merebahkan tubuh kecil aku itu di atas katil. Cepat-cepat aku bangkit duduk lalu mencapai bantal menutupi bahagian depan tubuhku. Semakin kuat ketawa Izzul. Comelnya.. desis hatinya.

   “ Abang nak buat apa ni?” soal aku takut-takut. Wajahku berpeluh-peluh. Izzul duduk berhadapan dengan aku.

   “ Nak buat apa yang patut suami isteri buat malam-malam. Hmm.. sayang agak-agaklah kan.. apa patut abang buat ek?” Izzul sengaja mendera perasaan aku. Aku tanpa berfikir panjang terus aje menjawab.

   “ Buat bodoh, bang.” Meledak terus tawa Izzul. Semakin lama semakin comel dia melihat aku. Dan dia juga jadi semakin geram dengan wajah aku. Kalaulah dia ni jenis tak reti bersabar.. Hehe..

   “ Abang ni, jangan nak gelak sangat boleh tak? Ni abang panggil Murni kenapa?” soal aku geram kerana sedari tadi dia ditertawakan. Entah apa yang melucukan. Izzul mula teringat tujuan dia menjerit nama aku tadi.

   “ Oh.. lupa pula abang.” balasnya lalu dia bergerak menuju ke arah meja solek. Plastik berwarna merah jambu dicapai sebelum dihulur ke arah aku. Aku kerut kening. Untuk aku ke?

   “ Untuk Murni.” tutur Izzul seperti memahami benak aku yang sedang bersoal-jawab. Aku pantas mencapai. Sebaik sahaja plastik itu berada di tangan, aku teragak-agak untuk mengintai isinya.

   “ Bukalah, sayang.” arah Izzul. Dengan pergerakan lemah-gemalai, aku membuka juga plastik itu. Dan sebaik sahaja isinya menjamah mata, aku terjerit. Wajahku panas serta-merta. Ah, gila!

   “ Kenapa jerit-jerit ni? Jangan cakap Murni tak suka pula?” duga Izzul lalu mengangkat-angkat keningnya. Aku sudah sorokkan wajahku di sebalik bantal. Izzul duduk kembali.

   Kenapa pula suamiku berikan aku benda seperti itu? Memalukan sungguh. Siapa yang memilih? Izzul sendirikah? Ah, lelaki itu memang gatal. Jerit batinku. Izzul tersenyum nakal. Kini dia sudah faham, aku malu rupa-rupanya. Perlahan dia memegang wajah aku lalu didongakkan ke atas. Aku pejam mataku. Malas nak menatap wajah tampan itu. Rasa malu aku masih bersisa.

   “ Sayang.. buka mata. Look at me.” saran Izzul. Aku masih pejam mataku rapat-rapat sebelum aku dapat rasa bibirku dipagut lembut. Terus membulat mataku tika itu.

   “ Haa.. tahu pun nak buka mata.” ujar Izzul apabila bibir mungil aku dilepaskan. Akhirnya, akhirnya dapat juga dia merasa seulas bibir yang nampak cantik terbentuk itu. Tapi, belum puas lagilah. Detik hati nakalnya.

   “ Abang.. ambil kesempatan ye?” marah aku lalu mengesat-ngesat bibir comelku. Izzul ketawa kecil.

   “ Jangan salahkan abang. Murni tu yang menggoda abang. You know, sayang.. abang tak boleh tahu tengok girl yang abang cinta pejam-pejam mata macam tu. Abang jadi cepat tergoda. So, bila abang tergoda.. macam tadilah jadinya.” balas Izzul masih lagi berintonasi nakal. Aku ketap bibir.

   “ Alasan.” cebik aku menyampah. Mengingatkan apa yang baru dilihatku tadi, aku membuka mulut.

   “ Kenapa bagi Murni benda tu?” Aku muncungkan bibirku ke arah plastik berwarna merah jambu itu. Izzul ikut pandang. Seketika, dia tersengih gatal.

   “ Sayang.. nak buat tak tahu pula ke? Kan abang dah cakap.. hari ni akan jadi first night kita. So, abang sengajalah beli baju seksi macam tu.” jelas Izzul selamba. Terbuntang biji mataku.

   “ Abang nak suruh Uni pakai?” soal aku bodoh-bodoh alang.

   “ Yelah.. takkan abang pula yang nak pakai?” Dia soal balik. Gulp! Aku telan liur. Huh, tak dapat dibayangkan kalau Izzul yang memakai baju itu. Euw.. geli-geleman dibuatnya.

   “ Murni tak cakap pun malam ni.. malam ni our first night kita. Ini tidak adil, Murni tak setuju.” bangkang Murni tiba-tiba dengan suara sedikit lantang. Terkejut Izzul seketika. Huh, kus semangat.

   “ Sayang.. ingat dekat court ke ni? Tak adillah, adillah. Apa sekalipun.. sayang wajib tunaikan apa abang minta. Itu dikira ibadah.” Murni mencebik. Izzul mula rasa panas punggung. Jangan cakap aku tak bersedia pula, kempunan dia nanti. Adoiyai..

   “ Sayang.. abang dah tunggu lama dah. Bolehlah.. malam ni eh?” Dia memujuk pula. Penuh kelembutan. Aku buat muka toya. Sekali tengok, macam muka minta kaki pun ada.

   “ Kalau Murni cakap tak nak?” Aku menyoal.

   “ Then, abang merajuk.” Izzul tarik muka masam. Dengan geram, aku bangun jua. Plastik merah jambu dicapai kasar. Tunjuk proteslah kononnya.

   “ Mengugut aje kerjanya. Yelah..Murni salin baju ni kejap.” putus aku sedikit geram. Tapi.. sebenarnya bukan aku kisah sangat pun. Izzul memang berhak. Cuma, sengaja aku buat perangai macam tu. Nak cover malu. Izzul mula tarik senyum sampai ke telinga. Hati dah bersorak girang. Hooray!

  “ Sayang.. pakai lingerie warna purple tu ye? Yang merah punya untuk esok. Yang hitam punya untuk lu..”  Tak sempat nak menghabiskan kata, aku dah menjeling tajam.

   “ Gatal.” marah aku manja. Izzul tersengih lagi. Dalam hati dah berlagu riang dah. Bermacam-macam lagu dah yang didendang termasuklah lagu dangdut ’Goyang Inul’.

    Ah, apa kena-mengena pula dengan lagu tu? Dia mengomel kecil sebelum senyuman kegembiraan terukir lagi. Malam ini akan menjadi malam yang penuh bersejarah buatnya.

**********************

Aku bangun dari katil lalu berjalan terhuyung-hayang sebelum langkah dihalakan pada susuk tubuh Izzul yang sedang tekun menyiapkan tugasannya di meja kayu yang terletak di penjuru bilik kami. Tubuhku tika ini benar-benar lemah. Pening yang bermaharajalela di kepala semakin menyucuk-nyucuk. Ah, kalau aku khabarkan pada Izzul, mahu tak senang duduk dia nanti.
   “ Abang..” panggil aku manja. Tubuh langsingku kini sudah tercegat di sisi suami tersayang. Izzul berkalih. Seketika, dia tersengih lebar. Matanya sudah terkatup-katup menjamah wajah tampan itu. Izzul kerut kening. Mungkin dia perasan keadaan aku yang nampak pelik ini. Dia berpusing lalu menghadap tubuhku. Tangan kekar itu mencapai tangan kecil aku.
   “ Kenapa, sayang?” soal dia lembut sambil mengelus-elus jari-jemariku. Aku hanya menggeleng-gelengkan kepala.
   “ Uni nak tidur dengan abang. Abang banyak lagi ke kerja yang nak dibuat?” soal aku perlahan. Ah, sakitnya kepala! Izzul mula tayang senyum gatal mendnegarkan permintaan aku. Lantaklah dia nak fikir apa, yang aku tahu aku nak berada dekat di sisinya. Aku sendiri pun tak faham dengan perangai mengada aku ni.
   “ Kenapa? Nak ehem-ehem eh?” Dia tanya soalan loyar buruk pulak dah. Ee.. aku ketuk kepala tu karang. Aku mengomel geram.
   “ Bukanlah. Uni nak tidur dengan abang. Ada ke Uni cakap nak ehem-ehem dengan abang?” Tengok.. aku pun dah sama naik bengapnya melayang usikan si suami yang memang nakal ini. Wajah Izzul masih menayangkan riak kegatalan yang menyerlah. Aku ketap bibir.
   “ Eleh.. tak nak mengakulah tu?” usik dia lalu mencuit pinggang aku. Aku yang masih berdiri dengan malasnya melabuhkan duduk di atas ribanya. Tangan ku lingkarkan ke leher tegapnya. Izzul tarik senyum lagi.
   “ Uni malaslah nak layan nakal abang malam ni. Uni cakap betul-betul ni. Uni nak tidur dengan abang. Dah biasa tidur berteman. Bolehlah, bang?” aku merengek-rengek pula. Kepala ku lentokkan ke dada bidangnya. Izzul membelai rambut aku. Aku senang dimanjai sebegitu. Rasa macam dalam hati ada taman buaya pula. Eh, apa ke hal pula disangkutkan dengan binatang yang menyeramkan tu? Haa.. dalam hati ada taman kupu-kupu. Eh? Ala.. bolehlah tu.
   “ Ni kenapa nampak manja sangat ni?” Izzul menyoal. Tapi, aku tahu soalan dia itu berbaur usikan. aku angkat wjaah lalu pandang wajah tampannya. Alahai.. kenapalah suami aku ni hensem sangat? Tanpa diduga, aku membelai-belai pipi Izzul. Izzul hanya membiarkan. Mungkin dia suka juga kot dimanjakan aku.
   “ Uni kan memang hari-hari manja dengan abang.” balas aku lembut.
   “ Eh, ye ke? Kenapa mula-mula kahwin dulu garang aje dengan abang?” Dia sengaja menduga aku. Aku pincingkan mata. Lantas, hidung mancungnya aku kepit kuat. Oh, nak mengungkit ye? Nah, rasakan!
   “ Auch.. sayang ni..” Dia tarik muka masam sambil menggosok-gosok hidungnya. Aku ketawa kecil. Yelah.. kalau diikutkan tubuh aku yang sihat macam biasa, memang tak ada maknanya aku nka ketawa lemah-gemalai macam ni. Memang aku gelak habis-habisan punya. Silap-silap, runtuh rumah mama dek frekuensi suara aku yang macam langsuir itu.
   “ Eleh.. cakap orang manja, dia tu yang terlebih manja.” Aku usiknya pula. Seketika, dia tertawa lucu. Wajahnya didekatkan ke wajah aku. Aku pula jarakkan wajah aku. Kalau tak.. memang habis wajah aku dicium Izzul. Bukan aku tak kenal perangai nakalnya. Pelukan di pinggang aku semakin dieratkan oleh tangan sasa itu.
   “ Abang manja dengan isteri abang aje. Boleh kan, sayang?” soal Izzul perlahan sambil tersenyum nipis. Aku cebikkan bibir.
   “ Hish.. tak kuasa Uni nak layan manja abang tu.” Aku membalas. Sengaja nak menyakat dirinya. Izzul tiba-tiba menjongketkan keningnya.
   “ Oh, sedihnya dikau berkata begitu. Nampaknya, terpaksalah abang bermanja dengan si Tina. Hmm.. ada isteri tak nak manjakan kita. Hmm..” Dia membalas berpura-pura berjauh hati. Aku tersentak. Tina? Apakah? Sejenis kuihkah? Atau seorang perempuan? Ah, kau dah mula merepek, Uni. Aku marahkan diri sendiri.
   “ Tina??” soal aku dengan mata yang dah mula membulat. Izzul buat selamba. Aku tarik pipinya kuat.
   “ Cakap dengan Uni, siapa Tina??” aku cubit-cubit lagi pipinya. Izzul dah meronta-ronta nak lepaskan pipinya dari cubitan tangan kecilku. Ah, aku kuatkan pula cubitan.
   “ Sayang, lepaslah. You are hurting me.” Izzul bersuara diselangi suara mengaduh sakit. Aku ketap gigi. Jangan harap aku nak lepas selagi dia tak buka mulut pasal si Tina. Cemburu betullah aku!
   “ Baik abang cakap. Siapa Tina?? Cakap cepat!” Aku tegaskan suara. Cubitan ku perkemaskan lagi. Cemburuku sudah tahap maksimum dah.
   “ Okey-okey.. abang cakap ni. Sayang ni cemburu sangatlah.” bebel dia masih lagi meronta-ronta.
   “ Cakap cepat, abang. Atau abang nak Uni buat pipi abang jadi lempeng basi?” soal aku lagi. Geram!
    “ Hee.. ye, abang cakap ni. Aduh! Ni haa.. Tina tu arnab peliharaan abanglah. Adoi, sayang ni!” Izzul berterus-terang. Aku terkesima. Perlahan-lahan wajah aku memerah. Waduh-waduh.. kok kamu bisa cemburu sama arnab, Uni? Suara hati aku mengutuk. Spontan, cubitan di pipi Izzul terlepas. Aku dah tertunduk malu.
   “ Sakit betullah. Sayang ni.. dengan arnab pun nak cemburu. Aduh!” Izzul menggosok-gosok pipinya yang jelas berbekas merah. Aku cebikkan bibir. Eleh, salah suami aku juga beri nama yang mengelirukan macam tu.
   “ Alah.. salah abang juga.” Aku menjawab. Izzul buat muka pelik.
   “ Ni kenapa salah abang pula ni? Semuanya salah abang.” Dia bersuara tidak puas hati. Sekali tengok wajah Izzul, memang dah comel sangat dah. Aku tahan senyum.
   Yelah.. mana ada orang letak nama arnab dia ‘Tina’. Kalau ye pun abang nak letak nama ex-girlfriend abang.. logiklah sikit. Arnab kot? Letaklah nama Titi ke, Fifi ke?” Aku membebel. Sempat Lagi aku menyindir Izzul. Izzul buat muka lagi. Hee.. nak aje aku lempang muka dia yang jelas mengejek aku tu. Eh, sabar. Tak baik tahu. Kau ni Uni, gangster betullah.
   “ Tengok tu.. menuduh lagi. Bila pula abang ada girlfriend ni? Uni yang pertama dan yang terakhir perempuan abang cinta tahu? Macam Uni tak tahu abang tak pernah ada girlfriend sebelum ni. Suka sangat ckaap macam tu kan?” Dia merajuk manja. Aku senyum segaris. Ha’ahlah.. terlupa pula aku yang mamat ni tak pernah ada girlfriend.
   Sorry, abang. My bad.” balas aku lalu meletakkan kedua-dua tangan di atas bahuku sendiri. Izzul ketawa kuat. Mungkin tingkahku mencuit hatinya.  Aku juga turut tergelak comel.
   “ Uni ni comel, tahu?” Dia mencuit hidungku manja. Aku mengelak. Entah kenapa.. kepala yang tadi pusing hilang apabila bergurau dengan si suami. Ah, ajaib sungguh!
    “ Tahu.. Uni tahu Uni ni comel.” jawab aku nakal. Izzul menggeleng-gelengkan kepalanya.
   “ Abang, lambat lagi ke nak siap ni?” soal aku setelah kami diam tanpa kata. Sesaat, Izzul merenung lembut wajah aku.
   Hmm.. tak tahu nak jawablah. Tapi, bergantunglah kot. Kalau Uni ada tawaran menarik untuk abang, abang akan jawab.. sikit je lagi. Tapi.. kalau Uni tak ada sebarang penawaran hebat.. abang akan jawab.. a’ah, lambat sangat. Belum tentu tahun depan boleh siap.” usiknya belum puas membuatkan aku naik geram. Aku pantas mencubit perutnya yang sudah galak ketawa melihatkan wajah kecutku.
   “ Gatal..” marah aku. “ Dahlah, Uni dah nak tidur. Kalau abang nak tidur, jangan lupa tutup lampu.” ujar aku lalu bangun berdiri. Sejenak, Izzul pula sudah mengemas-ngemas meja kerjanya. Aku kerut kening.
   “ Abang pun nak tidur, sayang. Untung-untung boleh peluk sayang. Huh, buat kerja apa pun tak boleh kan? Baik abang tidur, dapat juga rasa kehangatan tubuh isteri abang ni.” Dia kenyit matanya. Aku pula hanya mampu menggeleng sebelum langkahku diatur.
   “ Suka hati abanglah.” balasku malas nak melayan karenahnya yang semakin menjadi-jadi itu. Aku halakan langkah ke katil kembali. Baru beberapa langkah, kepala yang tadi sudah reda.. mula berdenyut kembali. Malahan, semakin teruk sahaja.
   Aku berpaling ke belakang dengan payah. Tangan mula memicit pelipis.
   “ Ab..abang..” panggil aku tersekat-sekat. Izzul yang sibuk mengemas peralatan kerjanya berkalih pandang. Wajahnya mula berubah risau melihat wajahku yang dah berkerut-kerut.
   “ Kenapa ni, sayang?” soal dia sambil mula hendak melangkah.
   “ Uni rasa.. Uni rasa macam nak pengsanlah, abang.” ujar aku membuatkan biji matanya terbuntang luas.
   What??” jerit dia cemas. Dan akhirnya.. tanpa sempat menunggu langkah suami merapati diriku, aku rebah menyembah permaidani. Ah, pitam juga akhirnya. Monolog aku. Uih.. sempat lagi tu?
   Maka, terdengarlah jerit-pekik seorang suami bernama Izzul Fahimi. Huh, roboh juga rumah ni karang.
   “ Uni.. Uni!! Mama.. Uni, mama. Iz nak buat apa ni?? Uni!!!” jerit suara itu cemas sebelum mendakap tubuhku ke dalam pelukan kejapnya. Selepas itu, aku sudah tidak sedar apa yang berlaku.

***************************

Aku membuka mata perlahan-lahan. Urghh.. silau sungguh. Ni siapa yang suluh muka aku dengan lampu ni? Nak kena cepuk betullah. Aku sudah mula membebel kurang pandai. Entah siapalah yang nak buat kerja macam tu kan?
   “ Uni.. sayang dah sedar?” sapa satu suara garau. Aku memincingkan anak mata. Waduh-waduh.. ni siapa pula yang handsome melampau ni? Aku sudah mula teruja melihat wajah tampan seseorang mengaburi ruang mata. Mata yang tadi silau terus berjaya dicelik luas. Seketika, aku tersedar. Aku kat mana ni?
   “ Eh, awak siapa eh? Saya kat mana ni?” soal aku masih lagi bingung. Pap! Dahiku dijentik dengan jemari kasar lelaki itu. Tiba-tiba wajah tampan itu bertukar kelat. Aku kerutkan kening sambil menggosok-gosok dahi yang agak perit dijentik tadi.
   “ Hee.. ni kenapa jentik-jentik dahi orang? Meh sini jap. Meh sini!” Aku mula geram. Lelaki tampan itu nampak pelik dengan tingkah aku. Dengan wajah blur, dihulurkan juga dahinya. Pap! Giliran dia pula yang mendapat habuan. Aku tersengih. Padan muka!
   “ Adoi.. kenapa jentik dahi abang ni, Uni??” marah dia perlahan. Abang? Oh.. my bad. Aku mula sedar siapa dia ni sebenarnya. Murni oi, macam mana laki sendiri kau boleh lupa?? Tengok.. kan dah masam mencuka wajah cik abang kau tu. Bebel suara hatinya.
   Tanganku naik mengetuk dahi sendiri. Perlahan-lahan aku mula mengingati apa yang terjadi. Tadi.. aku pengsan rupanya. Eleh.. baru pengsan sekejap terus lupa suami. Ingat single lagilah tu!
   “ Abang..” seru aku lembut. Izzul jelling maut. Aku telan lur kesat. Erk!
   “ Abang..” Dia ejek balik. Aku mulalah rasa geram teramat. Eh, nak sindir-sindir pula?
   “ Hah, dah ingat dah abang ni siapa?” soal dia pedas. Aku tersengih kelat. Salah aku juga. Boleh jadi aku tanya ‘ Eh, awak siapa eh?’. Mahu tak hangin mamat ni. Kalau aku, memang konpem aku dah bagi sebijik dekat muka tu kalau dia pun boleh lupa aku ni siapa.
   “ Uni lupalah, bang. Janganlah merajuk. Meh sini, Uni bagi ubat. Sakit sangat ke? Alah.. Uni buat slow aje tahu? Abang buat Uni lagi kuat. Tapi, tengok isteri abang ni. Tak mengaduh langsung.” ujar aku membela diri. Izzul bergerak rapat.
   “ Dia aje nak menang. Kuat konon? Habis tu, kenapa boleh pengsan pula?” soal Izzul geram. Aku mulalah rasa nak tergelak mendengar soalan itu. Yelah.. macam mana aku boleh pengsan eh? Aku tertanya-tanya sendirian.
   Yelah, abang. Kenapa Uni boleh pengsan eh?” Aku soal dia balik. Tiba-tiba, aku rasa nak pitam pula. Izzul mula tersengih lebar mendengarkan soalan aku. Aku kerut kening sampai dah berlapis-lapis dah dahi aku.
   “ Abang lupalah, Uni. Abang dah tahu kenapa Uni pengsan. Yang abang pergi tanya Uni tu buat apa kan? Hehe. Lembu betul abang ni. Kan Uni kan?” Dia tergelak lucu. Aku tersedak. Suami aku nilah.. memanglah tak matang! Siap boleh mengaku lagi yang dia tu lembu. Aih, nak aje aku jawabnya. A’ah.. abang bukan setakat lembu. Badak sumbu, kerbau, gorilla semuanya abang. Agak-agak kejam tak eh kalau jawab macam tu? Kih3. Aku mula merapu sambil tersengih kecil.
   “ Abang ni asyik merepek aje kerjanya. Uni tak tahulah Uni ni kahwin dengan lelaki normal ke tak.” sela aku sekaligus mematikan senyumannya. Dia tarik muka.
   “ Sampai hati sayang cakap abang tak normal. Abang normal tahu? Kalau tak, takkan saya mengandung lima minggu.” jawab Izzul dengan suara sedihnya. Aku tergelak. Seketika, aku terdiam pula. Eh, macam dengar perkataan kandung-kandung aje tadi?
   “ Apa abang cakap? Mengandung? Siapa? Abang ke?” soal aku bertalu-talu sambil jari telunjuk diluruskan ke arahnya. Soalanku memang agak bodoh. Izzul tersentak. Eh, apa ke hal pula aku nak mengandung? Aku buat bini mengandung bolehlah. Kalau dah aku yang mengandung, mana aku nak simpan baby tu? Si Murni nilah.. cium laju-laju kang.
   “ Sayang-sayang.. kalau abang cakap lembap, mahu sayang patahkan tengkuk abang ni hah. Tapi.. abang terpaksa juga cakap yang sayang abang ni lembap macam siput sedut. Apa abang pula yang mengandung? Sayanglah yang mengandung. Hmm.. dah lima minggu.” ujarnya lalu dia kembali tersenyum lebar. Nampak bercahaya wajah tampan itu. Gembira barangkali. Aku senyap kaku. Terkejut!
   “ Uni mengandung, bang?” soal aku bagaikan tidak percaya. Izzul angguk lalu dia menghampiri aku. Sebuah ciuman dia hadiahkan di dahi aku.
   “ Ya, sayang mengandung. Abang dah nak jadi daddy dan sayang jadi mummy. Seronoknya, yang.” Dia bersuara teruja. Aku mula tegakkan tubuh. Betulkah? Aku bakal menjadi seorang mummy? Seketika, aku menatap wajah tampan Izzul. Izzul tersenyum memandang aku. Aku dapat lihat wajah bahagia suamiku itu. tangan Izzul aku capai lalu aku tunduk mencium berkali-kali.
   “ Ya Allah.. syukur. Terima kasih abang sebab bagi hadiah yang sangat istimewa untuk Uni.” ucapku terlampau gembira. Izzul terdiam kaku. Wajahnya menayangkan riak pelik.
   “ Sayang..” panggil dia lembut. Tangan sasa Izzul mual mengusap manja pipi aku. Aku hanya merelakan.
   “ Bukan sayang yang kena berterima kasih pada abang. Tapi, abang yang patut berterima kasih pada sayang. Nak jadi mummy ni bukan senang kan? Abang tahu. Jadi.. sayang yang dah berjasa pada abang sebab sudi mengandungkan zuriat abang.” sela Izzul romantik. Mendengarkan penjelasaanya, hatiku mula dijentik rasa cuak. Dahiku berpeluh-peluh.
   “ Abang.. nanti nak bersalin, Uni nak abang ada dekat sebelah Uni tahu? Uni takutlah, bang. Kawan-kawan Uni yang dah anak semua cakap payah nak bersalin. Tambah-tambah anak sulung.” Aku meluahkan rasa cuakku. Izzul tergelak kecil. Tangannya mula merayap pada bahagian perutku yang masih kempis.
   “ Lambat lagi nak fikir pasal tu. Baby baru lima minggu, sayang. Tapi.. abang akan pastikan yang sayang takkan rasa takut waktu bersalin nanti sebab abang akan sentiasa ada di sisi sayang. Bagi semangat untuk sayang. Abang promise.” ujar Izzul membuat janji. Aku mula mampu bernafas lega.  
   “ Lega Uni kalau macam tu.” hela aku sembari melepaskan nafas lega berkali-kali. Tiba-tiba wajah Izzul berubah nakal.
   “ Kenapa?” soal aku aneh. Izzul masih melorekkan senyuman gatalnya.
   Hmm.. kalau Uni mengandung, kita boleh tutt.. lagi tak?” soal dia nakal dan kebudak-budakan. Aku pantas sahaja menutup mulutnya itu. Huh, cabul betullah mulut dia ni sorang. Aku memandang sekeliling bilik kami. Nasib baik tak ada orang. Mungkin yang lain ada di bawah kot?
   “ Abang ni cakap apa pula?” marahku manja. Izzul tergelak kuat lalu bangun dari birai katil. Dia mengangkat tangan tanda mengalah.
   “ Okey-okey, abang gurau. Dah, jangan nak buat muka malu sangatlah. Macam tak pernah..” usik dia lagi. Aku ketap bibir. Geramnya!
   “ Abang..” Aku bagi amaran. Izzul sambung gelak. Kuat betul dia gelak.
   “ Suka usik Uni kan?” Sambbung aku lagi. Izzul sedaya-upaya tahan tawanya dari terhambur lagi. Mungkin bimbang aku merajuk.
   Yelah.. abang gurau, sayang. Tak usik dah. Betul ni, tak usik dah. Senyum sikit, sayang.” ujarnya lalu menghampiri aku. Dia berdiri di tepi katil. Aku mendiongak memandang wajah tampan Izzul. Izuzul menghulurkan tangan.
   “ Nak pergi mana?” soal aku lurus.
   “ Tak pergi mana-mana. Saja nak isteri abang berdiri depan abang. Kejap aje.” selanya lembut. Aku pantas menurut.
   Kami berdiri setentang. Wajahnya ku tatap penuh syahdu. Seketika, tangan sasa itu memeluk kejap pinggang aku lalu dibawa rapat ke dada bidangnya. Sebelah tangannya lagi membelai-belai rambut aku. Aku terkesima.
   “ Terima kasih, Uni. Abang betul-betul hargai apa yang Uni dah buat untuk abang dan perkahwinan kita. Siapa sangka, kawan baik pun boleh jadi husband and wife. Siapa sangka, kawan baik pun boleh jadi teman sehidup, err semati belum pasti lagi. Dan siapa sangka, kawan baik pun boleh mengandungkan anak kawan baik sendiri.” Dia masih lagi tak puas mengusik aku tentang topik yang satu itu. Aku cubit perutnya. Tapi.. perlahan jelah. Kalau tak, mahu tercabut perut si Izzul ni.
   “ Sayang.. sebagai menghargai apa yang sayang dah buat pada abang, abang nak bagi sayang hadiah.” ujar Izzul. Aku memandangnya dengan wajah terkenil-kebil.
   “ Tutup mata.” selannya.
   “ Tak tutup, tak boleh ke?” soal aku naif. Izzul geleng.
   “ Kena tutup, baru sayang boleh rasai keikhlasan abang.” ujarnya lagi dan akhirnya aku hanya menurut. Perlahan-lahan mata kupejamkan.
   Cup!
   Sebuah ciuman melekap di kedua-dua mataku yang terpejam. Aku tersentak. Cepat sahaja aku nak buka mataku kembali, tapi Izzul dah melarang laju.
   “ Jangan buka mata, sayang. Nanti sayang tak dapat rasa abang ikhlas ke tak.” balasnya. Aku kembali akur. Mata ku pejamkan rapat-rapat.
   “ Mata ni abang hadiahkan ciuman sebagai tanda abang hargai sayang yang hanya nak pandang abang berbanding lelaki lain.” ujarnya. Aku tersenyum kecil.
   “ Eleh, macam mana abang tahu Uni cuma nak pandang abang aje? Uni pandang lelaki lain tahu selain abang.” Aku mengusik.
   “ Tengok tu. Suka sangat kecilkan hati abang. Sayang tengok lelaki mana lagi ni? Dulu, cakap nak tengok abang sorang je.” Dia merajuk.
   “ Lah.. betullah. Ayah dengan adik Uni kan lelaki? Takkan Uni tak nak pandang kot?” Aku membalas dengan mata terpejam. Seketika, keadaan sunyi. Eh, Izzul merajuk sangat ke ni? Aku cuak. Dan tak lama apabila..
   Cup! Sebuah ciuman hangat melekat kemas di bibir aku. Aku terus kaku.
   “ Ini pula sebab abang hargai mulut yang suka sangat membebel entah hape-hape. Mulut ni jugalah yang kadang-kadang memujuk abang, berceloteh macam-macam dan jadi teman abang berbual.” ujarnya. Aku masih lagi tergamam.
   “ Hei, kenapa senyap ni? Tadi, mebebel sangat.” Dia membalas usikanku. Wajahku sudah merona merah.
   “ Uni malulah, bang. Tu kan tempat sensitif. Malu-malu!” Izzul tergelak mendengar pengakuanku. Seketika dia menyambung bicara.
   “ Okey.. abang nak terus bagi hadiah ni.” balasnya.
   Cup! Cup! Ciuman hangat melekat pula di pipi dan hidungku.
   “ Untuk pipi montel yang selalu buat abang geram dan hidung mancung comel yang selalu memikat hati abang. Harap-harap anak kita ikut hidung sayanglah ye?” Dia bersuara. Aku tersenyum. Alah.. hidung Izzul pun mancung apa? Aku menunggu reaksi seterusnya.
   Dan.. Cup! Ciuman hangat mula berlabuh lama di perutku. Tika ini, aku mula rasa sebak.
   “ Untuk tempat di mana anak abang menumpang. Terima kasih, sayang kerana sudi pinjamkan rahim buat zuriat kita. Abang tak sabar nak tengok dia. Semoga sayang terus sabar dan tabah semasa mengandungkan zuriat cinta kita. Dah habis dah hadiah yang abang nak bagi.” ujar Izzul penuh syahdu dan ceria. Aku terharu. Pantas aku paut tangannya supaya bangun. Dan akhirnya aku hadiahkan ciuman hangat di dahinya. Izzul pandang wjaha aku.
   “ Terima kasih kerana sudi bahagiakan Uni.” balasku sarat dengan air mata yang hendak mengalir.
   “ Tak mahu nangis, sayang.” pujuknya. Aku tersenyum dalam tangisan. Seketika, aku memeluknya erat dan dapat kurasakan Izzul membalas pelukanku. Erat!
   “ Shh.. abang tak nak sayang menangis sebab abang ikhlas untuk semuanya. Tapi.. sayang..” Dia merenggangkan pelukan kami.
   “ Apa, bang?”  Wajah Izzul mula menunjukkan riak tak puas hati.
   Hmm.. abang bagi sayang lima ciuman. Tapi, abang cuma dapat satu aje. Dah-dah.. abang tak kira.. sayang kena bagi juga macam abang buat pada sayang tadi. Cepat-cepat.” pinta Izzul mengada-ngada. Aku membulatkan biji mata. Haip, gatal!
   “ Alah.. yang tu malam nanti eh?” Aku cuba mengelak. Seketika, dia nampak seperti berfikir-fikir.
   “ Okey, abang tuntut. Malam nanti jangan nak tidur awal sangat tahu, sayang?” selanya lagi. Dan akhirnya tawa kami bergabung. Alah.. Izzul dan aku sama sengalnya. Tak bergurau, memang tak sah.
   “ Sayang, abang tak bergurau ni.” ujar Izzul mematikan tawaku. Erk! Betul-betul ke? Aku terkebil-kebil dan Izzul pula buat senyuman gatalnya lagi.
   Adoiyai…

**********************

Tujuh bulan berlalu..

Izham Fiqri bin Izzul Fahimi.. zuriat yang membuktikan ikatan cinta di antara dua jiwa. Satu-satunya anugerah terindah dari yang Maha Esa. Comel wajah itu menyerupai wajah papanya, Izzul. Aku tersenyum kecil melihat suamiku bermain dengan bayi kecil yang baru sahaja berusia satu bulan itu. Bayi yang boleh dikatakan agak tembam. Mahu tidaknya.. ketika lahir sahaja beratnya sudah hampir 3.54kg. Huh, nak bersalin tak usah cakaplah. Memang meraung habis aku dibuatnya.
   Kedengaran rengekan kecil Izham yang minta disusukan. Izzul kelihatan gelisah. Cuak wajah tampan itu kelihatan sambil terus-terusan memujuk si kecil kami. Aku tergelak lucu. Hailah.. kali pertama bergelar daddy.. masih canggunglah kan?
    “ Sayang.. baby kita ni kenapa? Asyik nangis aje. Dia tak suka duduk dengan abang ke?” Sedih wajah Izzul menyoal. Aku tergelak kuat. Izzul pandang aku dengan riak blurnya.
   “ Bukanlah, bang. Baby lapar tu. Meh sini Uni nak susukan dia.” Aku menerangkan. Tangan kuhulurkan untuk menyambut Izham. Izzul cepat sahaja menyuakan Izham yang masih merengek kecil itu.
   “ Anak mummy nak susu ye? Meh sini mummy susukan dia. Olololo.. bucuk-bucuk mummy ni.” Aku mengagah Izham. Izham sudah berada di dalam kendonganku. Sebaik sahaja Izham menyusu, terus tangis kecil itu senyap. Izzul tersengih senang.
   “ Laparnya anak lelaki daddy ni.” Izzul mengusap-usap pipi Izham yang sudah lena sambil menyusu susu badanku. Aku hanya tersengih nipis. Rambut Izham aku usap sayang.
   “ Sayang.. lepas ni kan, abang masih boleh manja-manja tak dengan sayang?” soal Izzul tiba-tiba. Aku terkesima. Aduh, apa jenis soalan ni?
   “ Kenapa abang tanya macam tu?” Aku soal dia balik. Izzul tayang wajah sedih.
   Yelah.. kita dah ada Izham. Nanti abang dah tak boleh nak dapat perhatian lebih macam dulu-dulu. Izham pun perlukan mummy dia juga. Habis tu, macam mana? Hmm.. kurang kasih sayanglah abang lepas ni.” Izzul bersuara meraih simpati.
   “ Ada pula jelous dengan anak sendiri?” Aku sengaja hendak mengusik dia. Jelas, wajahnya mula memerah menahan geram.
   “ Bukan jelous, sayang. Tak baik tahu tuduh abang macam tu?” Izzul buat-buat merajuk.
   “ Habis tu, apa maksud abang cakap macam tu tadi?” soal aku memprovoknya. Izzul tiba-tiba tayang muka nakal. Aku pula tayang wajah aneh. Kenapa pula suami aku ni?
   “ Sayang ni.. buat-buat tanya pula. Mestilah abang terseksa, sayang. Nanti, bila kita nak bermanja sikit.. Izham dah menangis. Kan dah kacau line tu?” sakat Izzul sambil mencuit hujung hidungku. Aku menjegilkan biji mata. Dia nilah..
   “ Habis tu, siapa yang buat anak ni? Abang juga kan? Bila dah dapat, abang nak komplen-komlplen pula. Tak baik, tahu? Ini anugerah yang terindah dari Yang Maha Esa. Abang sepatutnya bersyukur. Apa abang tak suka ke dengan kehadiran Izham?” Aku sengaja hendak menduga reaksinya. Dan jelas seperti yang kusangka, wajahnya berubah kelat. Muncungnya panjang menampakkan kecomelan. Aku sembunyi senyum.
   “ Sayang dari tadi suka tuduh abang. Kenapa? Sayang rasa abang ni kejam sangat ke? Abang saja aje nak bergurau. Tak apalah, abang tahulah abang ni tak matang sebab tu sayang ingat abang tak ready lagi nak ada baby kan? Tapi.. sumpah abang tak pernah menyesal dapat Izham. Abang bersyukur dan kalau boleh abang tak nak Izham seorang je zuriat kita. Cuma.. bila sayang cakap abang macam tu, abang terasa hati sikit.” Panjang lebar Izzul meluahkan rajuk hati.
   Tengok.. manja sungguh. Orang bergurau, dia dah touching. Aku memandang sekilas pada wajahnya yang jelas mendung sebelum pandangan aku jatuh pada wajah Izham yang sudah lena.
   “ Abang nak tidur dululah. Sayang tidurkanlah Izham. Selamat malam.” ucap Izzul masih dengan rajuknya. Namun, dahi aku tetap menjadi santapan bibirnya. Dalam hati, mula terbit rasa bersalah. Dia betul-betul terasa hatikah? Ah, sudah! Aku mula kalut bila Izzul sudah memanjat katil lalu baring mengiring membelakangi aku. Segera, aku bangun lalu meletakkan Izham di atas katil kecil miliknya.
   Kemudian, aku berlalu mendapatkan Izzul yang sudah pun membaringkan tubuhnya. Langkahku teragak-agak. Jelas dia nampak merajuk kerana kebiasaannya apabila kami hendak lena, tidak sah kalau tubuh aku tidak lemas dalam pelukannya. Perlahan aku turut memanjat katil. Aku tahu dia dapat rasakan kehadiranku. Cuma, dia sengaja nak bermanja. Minta dipujuk. Tahu sangat dengan perangai manja Izzul itu.
   “ Abang..” panggil aku perlahan. Bahunya kupegang sedikit. Dia seakan mengeraskan badan.
   “ Abang.. dengar tak Uni panggil ni?” soal aku lagi bila dia langsung tak bagi respons.
   Hmm..” Dia menyahut malas.
   “ Abang pandanglah sini. Uni nak tengok abang.” Aku merengek pula. Izzul masih sama. Merajuk!
   “ Nak tidur.” jawab dia malas. Aku tarik nafas. Susahnya memujuk bapak baby ni. Hish! Hatiku mengomel.
   “ Kejaplah, pandang sini. Uni nak tengok abang. Kan ke selalunya abang peluk Uni kalau nak tidur? Abang pusinglah.” Aku tarik-tarik pula bahunya. Tapi.. dia semakin keraskan badan. Aku lihat dia sudah membetulkan selimutnya ke paras dada. Nak cakap dia mengantuklah tu. Huh, ada aku kesah?
   Aku sudah mula geram. Dia boleh buat tak tahu aje? Gigi kuketap.
   “ Okey.. kalau abang tak pandang Uni, malam ni Uni tidur kat luar. Tak nak temankan abang tidur.” Aku cuba mengugutnya. Manalah tahu kalau-kalau dia termakan dengan ugutanku. Hampa, dia tetap sama.
   Aduh, dia ugut-ugut pula dah. Ni yang aku tak tahan ni. Mana boleh tidur tak dapat peluk bini aku tu, tak lena nanti. Omel hati Izzul.
   “ Abang!” Suaraku keraskan sedikit. Okey, dia nak merajuk kan? Aku pun bolehlah.
   “ Okey, abang tak nak layan Uni sangat kan? Uni tidur luar.” ujarku lalu aku mula hendak turun dari katil. Tiba-tiba, badanku tersembam kemas ke dada bidangnya. Terkebil-kebil aku memandang wajahnya. Dia juga nampak terpana. Entah bila dia bertindak melelar pergelangan tanganku daripada menghalang aku pergi. Sedikit demi sedikit.. senyuman nakal terukir di bibir. Eleh, ugut sikit dah takut. Desis hatiku lucu.
   “ Gelakkan abang dalam hatilah tu?” katanya sambil menarik kembali wajah masamnya. Tanpa dapat ditahan, aku ketawa kuat akhirnya. Mukanya yang jelas cemberut benar-benar mencuit hati. Terhinggut-hinggut badanku menahan tawa.
   “ Sayang..” rengek Izzul manja. Wajahnya jelas dia tidak suka dirinya ditertawakan. Sedaya-upaya aku tahan bibirku dari terus ketawa lucu. Takut Izzul semakin merajuk nanti.
   “ Okey-okey, Uni dah tak gelak dah.” ujarku bersama sisa tawa yang masih ada. Setelah tawaku reda, dia tiba-tiba berganjak rapat pada tubuhku. Membawa aku jatuh ke atas dada bidangnya. Tangannya mlekap kemas pada pinggang rampingku. Aku menongkat tangan pada dadanya kerana wajah kami begitu hampir tika itu.
   “ Sayang.. jangan tidur luar eh? Abang dah tak merajuk dah.” ujar Izzul mula berubah emosi. Tangannya sudah membelai-belai pipiku. Aku kejung. Eh, tadi merajuk? Sekarang, romantis ke main lagi. Demam ke laki aku ni? Hatiku berdetik aneh.
   “ Err.. err..” Aku kelu. Dia tatap wajahku dengan pandangan redup.
   “ Sayang, janganlah tidur luar. Abang mana boleh kalau sayang tak ada kat sebelah. Abang nak peluk siapa, yang?” Dia bersuara lagi.
   “ Uni.. Uni tak tidur luar. Uni tidur sini temankan abang.” balas aku gugup. Aku dapat lihat dia tarik senyum lebar. Mungkin senang hati dengan kata-kataku.
   Cup!
   Sebuah ciuman hinggap pada bibirku spontan. Aku terkejut. Wajahnya yang jelas keanak-anakan nampak comel sangat.
   “ Hadiah.” katanya selamba. Aku kerut kening.
   “ Kenapa?”
   “ Sebab dengar cakap abang. Dan.. yang ni…” Dia meleretkan senyuman kenakalan. Aku mula gelisah. Tiba-tiba dia tarik wajahku dekat pada wajahnya. Dan sekali lagi aku terpana tatkala Izzul sudah membenamkan wajahnya pada leherku.
   “ Ni pula hadiah sebab sayang cuba nak pujuk abang tadi. Sebenarnya, abang bukan merajuk sangat pun. Cuma, saja nak tengok sayang pujuk abang. Lagipun, betul juga kata sayang. Abang tak boleh mengeluh. Ini kan satu pengorbanan. Jadi, abang sepatutnya ikhlas dengan semua ni. Kan sayang kan?” balasnya sembari tersenyum lebar. Tika ini, ada satu kemusykilan di benakku.
   “ Tahu pun.” balasku pendek. “ Err.. tapi, hadiah tu kenapa perlu bagi dekat sini?” soal aku seraya menudingkan jari pada leher yang menjadi mangsa bibirnya. Dia tarik senyum lagi sebelum bibirnya didekatkan pada telingaku. Meremang bulu romaku.
   Hmm.. geram.” balas dia berbisik. Aku menjarakkan tubuh sebelum mata dijegilkan garang. Dia ketawa terbahak-bahak dengan reaksiku.
   “ Gurau aje, sayang. Lagipun, kalau abang geram abang dah tak boleh nak buat apa lagi sebab sayang kan tengah berpantang. Berapa hari ek, sayang? Abang ada tanya ibu.. ibu cakap isteri abang kena berpantang selama 40 hari. Betul ke, yang?” soal Izzul. Wajahku sudah memerah. Tahu kenapa dia perlu bertanya akan hal itu.
   “ Betullah tu.” Aku menjawab malu-malu.
   “ Alah.. lamanya, yang. Sekarang dah berapa hari ek? Kejap, abang kira jap.” ujarnya lalu jemari kasarnya dibilang-bilang. Aku hanya mampu memerhatikan tingkah nakalnya itu. Nak mengusik akulah tu. Aku cebikkan bibir.
   “ Hah, usia Izham hari ni genap 30 hari. Maknanya lagi 10 harilah, kan? Penatnya nak tunggu. Aduh, macam mana ni?” Dia berpura-pura mengeluh. Aku ketip perutnya kuat.
   “ Adoi.. sakitlah. Sampai hati, sayang. Sudahlah abang tengah sedih ni kena tunggu lagi sepuluh hari. Sekarang, sayang sakitkan abang pula?” Izzul mengada-ngada. Aku jeling maut padanya. Tangan kulingkarkan ke tubuh.
   “ Okey-okey, tak usik dah. Sorry, my bad. Senyum sikit, yang.” pujuk dia mengalah akhirnya.
   “ Janji tak usik macam tu dah? Uni malu tahu?” marahku sedikit geram. Izzul angguk laju sambil tangannya diangkat berikrar. Seketika, dia menarik aku rebah di dalam dakapannya. Aku pula hanya menurut sahaja.
   “ Terima kasih sayang sebab sudi jadi isteri abang dan mummy kepada Izham.” Tulus suara Izzul kedengaran di peluput telingaku. Aku yang kemas berada dalam dakapannya berpaling menghadap wajah tampannya hingga hidung kami bersentuhan. Tika itu aku lihat Izzul tayang senyum manisnya. Aku turut tersenyum.
   Tangan kualihkan mengusap pipinya. Dan aku tahu Izzul suka dimanjai begitu.
   “ Sama-sama, kasih abang Uni terima hingga ke syurga. Semua tu dah memang tugas Uni sebagai isteri abang. Abang tak payahlah rasa terhutang budi sangat.” balas aku turut ikhlas. Memang itu niat aku. Aku nampak Izzul tersenyum lebar. Ciuman dihadiahkan pada dahi aku.
   “ Abang tetap nak nyatakan yang abang hargai semua pengorbanan sayang. Jujur abang cakap abang kasihan tengok sayang lahirkan Izham hari tu. Tapi, dalam masa yang sama abang tetap juga tak boleh nafikan keinginan abang untuk dapat zuriat lagi daripada sayang. Abang nak anak perempuan pula lepas ni.” Izzul membalas ceria sambil tangannya mengusap perutku yang sudah kosong.
   “ InsyaAllah, bang. Uni takkan tolak kalau Allah dah kata tu rezeki kita.” Aku membalas penuh bijak. Seketika, aku lihat Izzul sudah mula tayang senyum gatal.
   “ Habis tu, kalau sekarang boleh tak?” tanya Izzul dengan wajah yang sukar aku gambarkan. Aku jegilkan biji mata.
   “ Uni belum habis berpantang, abang. Janganlah nak mengada eh?” Aku cuba berdiplomasi. Sejenak, Izzul ketawa kuat. Tangannya makin memeluk aku kejap.
   “ Abang gurau aje, sayang. Takkanlah abang nak buat benda tu masa sayang tak suci. Dahlah, jom kita tidur. Sejak kebelakangan ni, sayang selalu tak cukup tidur sebab jaga Izham kan? Sekarang, sayang tidur lena. Malam ni, kalau Izham menangis lagi.. biar abang take over.” ujar Izzul menunjukkan keprihatinan. Aku senyum segaris. Perlahan, tangannya kukemaskan ke pinggang aku. Membawa dadanya rapat tersembam pada wajahku. Aku tenang begitu. Aku dapat rasa ubun kepalaku dikucup lembut oleh bibir sensual itu.
   “ Uni sayang abang. Sangat sayangkan abang. Selamat malam, abang.” balas aku bersama mata yang sudah kuyu. Mengantuk. Izzul mengusap-usap pipiku.
   “ Abang pun sangat sayangkan isteri abang ni. Selamat malam juga, sayang.” balas Izzul sebelum aku kembali lemas dalam pelukan hangatnya.
   Malam terus berarak pergi menyaksikan dua jiwa sedang beradu ditemani rasa cinta yang menggunung mekar. Semoga, rasa ini kekal untuk selamanya buat ‘dia’. Dia yang juga adalah suamiku dan dia yang juga pernah menjadi kawan baikku. Ya! Dia, kawan baikku dunia dan akhirat yang kini sah menjadi suami kepada Murni Adira. Sungguh, aku sangat cintakannya!
  Tuhan, kekalkan rasa ini hingga ke hujung nyawaku! Pohon aku penuh kudus bersama mata yang kian memberat.
~TAMAT~

11 comments:

  1. Hasil garapan yg baik...teruskan usaha with more charming and challenging story.. Tapi not too moch controversy sampai naik letih jiwa membaca.. Yg logikal la maksudnya..

    ReplyDelete
  2. Oh!bestnyaa. Mmg terbaiklah kak hana! Thumbs up!

    ReplyDelete
  3. roziah : thanx akq.. insyaAllah akn cuba improve cara penulisan sy lg.. :)


    amalina haffiah : thanx deq.. muah ckt.. :)

    ReplyDelete
  4. so sweet..........!
    sy doakan hana akan mhasilkan karya yg terbaekkkk lg nanty...
    keep up Hana Efryna.....! <3

    ReplyDelete
  5. Sy suka story ni best sgt....
    -sweetheart87-

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. thanks milla..jenguk blog hana selalu ye? jgn lupa beli first novel hana.. :)

      Delete